Wednesday 28 October 2015

Barley Mushroom Chicken Soup

Hai seperti yang dah mama janji tadi.Ini dia Resepi Sup Barli cendawan ayam.

Menu ini menu sihat khas untuk orang yang nak jaga kesihatan serta orang yang  nak kurus atau berat ideal.

♡Resepi Sup Barli Cendawan Ayam ♡

Bahan:
2  ketul dada ayam
Secawan kecil bijirin barli
6 Cendawan butang
1 Lobak merah - potong dadu
Secawan kecil Jagung - beli jer yg dlm paket
3 sudu Wine putih( boleh ganti dgn cuka)
Sedikit herba tyme
Sedikit herba rosemary
1 helai daun bay
Halia - dihiris nipis. Ikut selera sendiri
Bawang putih- cincang lumat.
Garam secukup rasa

Cara masak:
1. Cuci bijirin barli dan reneh dengan air secukupnya mendidih selama 30 minit.
2. Masukkan ayam yg dah dipotong
3. Masukkan halia dan garam secukup rasa.biarkan sup mendidih..perlahankan api. Tutup periuk biarkan selama 10 minit.
4. Masukkan herba tyme dan rosemary serta wine putih.
6. Masuk lobak merah dan jagung. Kacaukan.
7. Akhir sekali, masukkan bawang putih. Biarkan sup mendidih 10 minit. Kacau dan boleh dihidangkan.

Sup barley ni sedap serta berkhasiat tau..

✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩

Antara khasiat barli adalah:

1.Menurut kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah.

2. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

3. meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

4. Antioksida semulajadi pada barli membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

5. bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut serta membuang panas badan.

6. bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli .

7.Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

Sumber: The world's healthies food

Naahh..banyak kan khasiat barli ni..selamat mengamalkan. ;)

Selamat mencuba..♡

MamaJane
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia