Monday 31 August 2015

PUDING KARAMEL BUAH - BUAHAN

 
Hai..hari ini  mama nak kongsi resepi comel time cuti ni tadi. Ni pencuci mulut yang cik mandy dan abang yen suka. Mama memang tak reti duduk diam kalau kami bergabung..hehe. resepi mudah dan sedap.Mama cilok dari Buku resepi 365 i hari 1 resepi oleh chef liza. Best sungguh buku ni.senang sangat. Cepat jadi pulak tu..hehehe.

                     RESEPI PUDING KARAMEL                                     BUAH - BUAHAN 

Bahan- bahan :-
  • 3 sudu besar gula pasir (gula hangus)
  • 1 Peket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 tin koktail buah-buahan
Cara cara :-

  1. Taburkan gula pasir didalam loyang kemudian, masakan sehingga keperangan, kemudian goyangkan loyang tu supaya gula hangus tu sekata disekeliling loyang. Ketepikan
  2. Kemudian dalam bekas lain susu cair, tepung kastard dan esen dikacau sehingga tidak berketul.
  3. Lepas tu satukan dalam periuk agar-agar, air, susu pekat manis, gula.
  4. Kacau sehingga bahan-bahan masak mendidih, kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus.
  5. Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.
  6. Bila hendak dimakan, hidangkan bersama koktail buah-buah tadi.
Selamat Mencuba :)

♡ MamaJane

Friday 28 August 2015

RESEPI TART TELUR VERSI MAMA

Yayyyy cuti 3 hari..sampai isnin. Selamat Hari kemerdekaan kepada semua. Dan selamat bercuti. Mama seronok nak cuti sebab masa ni mama boleh bersama keluarga dan anak-anak. Berjalan-jalan bersiar, bermain, memasak makanan kegemaran dan banyak lagi aktiviti kami. So malam ni, mama buat tart telur@ Egg tart untuk Abang Yen dan Cik Mandy ( dua -dua gemar makan tart telur mama ni) ;) 

Jom kita buat...

                       ♡BAHAN- BAHAN:

                       BAHAN UTK KULIT:

100gm mentega 

40gm gula aising

180gm tepung gandum

1 biji telur 

1/2 s/teh esen vanilla


                        BAHAN UTK FILLING :

1/2 cwn susu cair

2 biji telur

1/2 cwn gula pasir

1/2 cwn air

1/2 s/mkn tepung kastard

1/2 s/teh esen vanilla

sedikit pewarna kuning ( tak letak pun tak pe)


                   ♡CARA PENYEDIAAN:

Cara membuat kulit :

1.Pukul mentega dan gula sampai kembang.

2.Masukkan telur, gaul sebati.

3.Masukkan tepung sehingga menjadi doh yang lembut.

4.Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan tat (boleh dibeli kedai yg menjual bhn2 kek)Cucuk dengan garfu supaya tidak kembang 

5.Bakar selama 10minit pada suhu 180 C. 

6.Keluarkan dari oven dan masukkan filling. Bakar lagi 15minit @ sehingga masak.

7.Biarkan dan keluarkan untuk dihidang.


Cara membuat filling :Campurkan kesemua bahan2 tadi dan gaul sebati.


Tu je senang kan..selamat mencuba. ;)

Happy Holiday to all...


By:

Mama Jane

B COMPLEX & FOLIC ASID UNTUK IBU HAMIL : MENGAPA SANGAT PENTING?

Wajib ️ambik Bcomplex with folic Asid walaupun belum mengandung lagi. Sebab saraf saraf ️Ini yg terbentuk awal seawal 4 Minggu pertama kandungan.

Bila detect pregnant Sebab bila period lambat atau Tak Datang kan? Masa tu kandungan Dah berumur 3-4 Minggu.

Apa Jadi jika tubuh kita kurang folic asid? Sangat bahaya kpd bayi kita tau. Risiko kecacatan saraf sangat Tinggi. Jadi jgn pandang remeh. Jadi beringat -ingat Ya. Bersedia awal-awal, cegah sebelum terlambat. Wajib ️ambil bcomplex with folic asid. 😘

Bukan saja yang hamil wajib ambik tapi bagi ibu yg sedang rancang nak hamil pun memang wajib ambik B complex with folic asid ni. Supaya rancangan kehamilan bertambah berjaya.sediakan diri dengan makanan yg sihat dulu, baru senang nak hamil..;)

B Complex Shaklee ( with Folic asid)
- kandungan Tablet  B complex Shaklee sudah termasuk folic asid. Tak payah nak telan banyak vitamin. Sebiji sehari sudah cukup untuk ibu dan anak.

-------------------------------------------------------------------
Note: Sekarang Promo YES set Hamil juga sedang berlangsung (Mei hingga oktober) 2015. Kalau ibu-ibu boleh beli 1 set Hamil YES ni lagi baik. Selain lebih jimat, anda dan bayi dalam kandungan turut dapat nutrisi yang lengkap serta menepati keperluan ibu dan bayi sendiri.

Harga :
1. B Complex - Rm 53.75 ( 120 tablet)
    - 3 bulan penggunaan.

2. Set YES Set Hamil: RM 470.32
     - ESP
     - Vitalea
     - Ostematrix
     - Omega guard
     - SR Vita C
     - B Complex

Untuk pertanyaan lanjut @ order boleh hubungi mama ya .

MamaJane
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia

KURUS CARA BAJET RENDAH

KURUS CARA BAJET

Nak kurus tapi Tak Cukup bajet??? Harga Pakej slim ️semua ribu- riban kan. Contoh macam pakej kat slimworld, London weight management..tu😱😱😱. Makk oii mama sendiri pun Tak mampu nak pegi situ. Mama dah tanya harga pakej mereka tu. Baik mama beli emas.. Hahaha.😜

Berita baik utk anda yg nak kurus sihat, PERUT kempis , Tak da lemak mengeleber..Tak da lagi peha berlaga bila berjalan 👀🙊.

❤️️set bajet kurus mama:

"Lecithin + Herbalax "

Harga: Rm52.50 ( lecithin) 180 biji
Harga:Rm 52.50 (herbalax) 120 tablet

Nota: Mama sendiri Telan yg ni.. Sambil displin tinggi utk  kawal cara gaya Hidup SIHAT.☺️👍
Hasilnya??? Sungguh mengkagumkan 👍👍. Nak lebih bajet??? Jummm  bisik2 ngan mama..💃💃

MamaJane
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia

Wednesday 26 August 2015

KURUS SIHAT @ KURUS BERPENYAKIT: MANA PILIHAN KITA?

Selepas makan berlauk kari, Cepat- cepat mama telan Omega guard..biar urai lemak lemak santan..biar senang dibuang waktu proses detox.

Penting Jaga pengambilan lemak untuk jaga kolestrol dalam badan kita. Terutama Lemak Trans. Pengambilan lemak mempengaruhi kolestrol dalam badan.Jangan tak jaga. Maklumlah dalam badan kita ada dua jenis kolestrol:

√Kolestrol baik ( HDL)
√Kolestrol jahat (LDL)

Nanti sebelum tidur kita minum teh Alfafa pulak untuk hari bekerja. Kalau hari cuti ,mama telan je Herbalax..untuk proses detox.

Proses Detox segala toksin badan  lebih efektif semasa kita tidur. Esok nya membuang ( berak) segala kotoran badan dengan pantas dan selamat.

Hari - hari makan sedap, lemak ,manis berkrim, masin pedas masam..bercampur gaul je dalam usus tu. Kalau lepas tu seharian tak buang, dua tiga hari tak buang...bayangkan membusuk dalam perut kita. Sembelit pula..tu yang toksin banyak dalam badan. Mudahnya penyakit nak datang. Ini kerana mengikut kajian, 80% penyakit manusia berpunca daripada usus yang tak sihat. Haa pasal tu kena jaga Usus betul - betul.

Mencegah lebih baik daripada merawat.

Note: Set ini bukan sekadar untuk kurus sahaja. Banyak khasiat gandingan dua item ini. Pilih lah, nak kurus tapi tak sihat ? Atau nak kurus dan sihat?  Pilihan di tangan anda.

Set bajet kurus :
※Lecithin + Herbalax/ Alfafa

Set medium kurus :
※Omega guard + Herbalax/ Alfafa

Harga:
1. Lecithin - Rm53.75 (180 gel capsul)
2. Omega guard- Rm135.00 (90 gel capsul)
3. Herbalax - Rm53.75 (120 tablet)
4.Alfafa Complex-
    Saiz S : Rm 53.75 (330 tablet)
    Saiz L : Rm 97.50 (770 tablet)

MamaJane
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia

PLASENTA PREVIA@ URI BAWAH RAHIM

Hari ini ni rasa terpanggil untuk berkongsi tentang Plasenta previa @ uri bawah, bila membelek - belek album gambar mama ketika hamilkan Cik Mandy. Mungkin ramai ibu - ibu di luar sana masih tak tahu tentang ini atau tak sedar menghadapi masalah Plasenta Previa semasa hamil. Jadi anda boleh baca entry pengalaman mama ini sebagai maklumat tambahan penting semasa hamil.

Mama mengalami masalah ini semasa hamil anak yang kedua ( cik Mandy). Masalah ini pertama kali dikenalpasti oleh doktor  semasa kandungan mama bulan ke 3. Pada masa itu tarikh jangkaan bersalin mama pada 2 Mei 2013. Namun bila dikenalpasti menghadapi masalah ini, doktor buat jangkaan tarikh baru pada 3 Mac 2013. 

Setiap bulan harus scanning untuk memantau kedudukan uri tersebut . Bahaya atau risiko uri di bawah ini bayi tak dapat keluar melalui proses biasa. Kaedah Dan dikhuatiri pendarahan boleh berlaku pada bila-bila, kerana berat bayi menekan uri. Boleh meragut nyawa bayi dan ibu sekaligus. Kalau mama batuk atau bersin, memang automatik terkencing kerana tekanan perut dan uri kepada pundi kencing.Jadi setiap hari kena pakai pad jenama Poise ( khas untuk ibu hamil). 

Mama diberi amaran oleh doktor supaya mengurangkan pergerakan dan doktor beri surat kepada majikan mama ( pengetua) , sebagai makluman. Mama sangat bersyukur kerana Majikan mama yang sangat prihatin, beliau turut mengarahkan supaya mama tidak terlibat dalam aktiviti lasak di sekolah.Malah mama diberi tempat duduk di pejabat bawah sahaja memandangkan bilik kaunseling berada di tingkat 1. Para pelajar juga dibenar turun ke ruang legar untuk aktiviti.Ini supaya mengurangkan pergerakan mama. 

Sepanjang tempoh pemantauan  tersebut, doa diri dan keluarga memang tak putus-putus. Mobon supaya uri naik ke posisi yang betul. Berbual-bual dengan baby di dalam perut,pujuk dia supaya bantu tolak uri naik ke posisi asal. Mama sangat takut bila doktor kata, jika uri tersebut tak naik ke posisi asal pada kandungan bulan ke 7, mereka terpaksa buat pembedahan untuk keluarkan baby..aduhhh..sangat sedih waktu tu. Bayangkan kalau baby terpaksa lahir pra matang.Mama tak mau perkara itu terjadi.
Mama harus kuat dan tabah supaya baby boleh lahir secara normal.Mama harus positif.

Dipendekkan cerita, akhirnya disahkan pada kandungan ke 7 bulan,uri dah pun naik ke posisi asal. Menangis waktu tu, menangis kesyukuran. Dan akhirnya..baby Mandy selamat dilahirkan secara normal 2 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin yang pertama. Terpujilah Tuhan, atas segala berkat yang diberikan. 

Nak tau lebih lanjut tentang plasenta previa..dibawah ada serba sedikit penerangan yang boleh bantu kita memahami tentang masalah ini: 

    ♡ Apakah itu plasenta previa, dan adakah      kerap berlaku?
Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh. 

Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi. 
Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa. 

I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina; 

II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina; 

III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melaluipembedahan caesarean; 

IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean. 


Jika anda ada membuat imbasan ultrasoundsemasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. Itu semestinya bukan plasenta previa. Semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. Walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. Ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan "bermigrasi" ke atas di waktu trimester 
ketiga. 

♡ Apakah beberapa petanda amaran plasenta previa?
Perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. Namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound. 

♡Adakah sesetengah wanita lebih berisiko dari yang lain?
Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. Lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara. 

♡Bagaimana untuk menangani plasenta previa?
Ini bergantung dengan sama ada anda mengalami perdarahan dan pada minggu kehamilan yang berapakah ianya berlaku. Jika keadaan ini didiagnos selepas minggu ke-20, tetapi anda tidak mengalami perdarahan, anda mungkin dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang senaman yang terlalu kencang dan supaya banyak berehat. 

Sekiranya anda turun darah dengan banyak, anda akan dimasukkan ke hospital supaya pendarahan boleh diawasi dan walaupun ianya berhenti selepas itu, anda mungkin akan diminta tinggal di hospital sehingga bayi anda sedia untuk dilahirkan. Anda akan dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks semasa kehamilan itu sebab ianya akan menerukkan lagi perdarahan dari plasenta yang terduduk rendah. 


Sumber info : Baby centre .com 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu-ibu sekalian. Sharing is Caring..♡♡♡ 

---------------------------------------------------------------------------
 **Note: Sekarang Promo YES set Hamil juga sedang berlangsung (Mei hingga oktober) 2015. Kalau ibu-ibu boleh beli 1 set Hamil YES ni lagi baik. Selain lebih jimat, anda dan bayi dalam kandungan turut dapat nutrisi yang lengkap serta menepati keperluan ibu dan bayi sendiri.Diskaun 5% untuk set Yes ini.

1. Set YES Set Hamil: RM 470.32( tidak termasuk postage).
     - ESP
     - Vitalea
     - Ostematrix
     - Omega guard
     - SR Vita C
     - B Complex

Ingin dapatkan Supplemen shaklee  untuk ibu hamil ? Sebarang pertanyaan lanjut @ order boleh hubungi mama ya .

MamaJane
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching

Pos: seluruh Malaysia


Tuesday 25 August 2015

15 KEBAIKAN MEALSHAKES UNTUK KANAK-KANAK

Hari ni nak cerita sikit pasal mealshake shaklee. Eh, bukan sikit. Rasanya hari ini memang banyak nak kupas  pasal kebaikan mealshake untuk kanak-kanak ni. Betapa saya dan ibu-ibu lain amat bersyukur kepada Tuhan kerana ditemukan dengan mealshake shaklee ni.

Apa yang BEST SANGAT pasal mealshake shaklee. banyakkkkkkkkk sebenarnya khasiat mealshake shaklee untuk anak-anak. Al maklumlah, anak-anak zaman sekarang ni kebanyakkannya duduk kat nursery dan dah masuk taska dari kecil lagi. Jadi mereka ni mudah sangat terdedah dengan jangkitan penyakit yang berulang-ulang kali kena balik seperti batuk dan selesema. Memang top 3 penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak.

☔️15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:

🌷Kurangkan Ekzema
🌷Untuk Tumbesaran
🌷Untuk Perkembangan Minda
🌷Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
🌷Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
🌷Untuk Anak kekal aktif
🌷Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
🌷Meningkatkan berat badan anak
🌷Membantu anak fokus
🌷Membantu kurangkan kekerapan asthma
🌷Mengatasi masalah sembelit pada anak
🌷Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
🌷Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
🌷Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
🌷Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

Lindungilah kesayangan anda dengan Mealshakes..

Anak sihat anak ceria ibu bapa gembira..

Dapatkan sekarang demi yg tercinta!!

Harga: Rm113.75 ( 544gm)

MamaJane
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia

15 Sebab anda perlu cuba mealshakes

Kenapa anda perlu cuba mealshakes??
Sekarang musim JEREBU sedang melanda negara kita dan ramai anak-anak yang terdedah kepada penyakit dan mudah jatuh sakit. Mealshake adalah salah satu pilihan anda untuk melindungi kesihatan anda sekeluarga. Bancuh mealshakes dalam satu jag untuk hidangan minum petang juga sangat baik untuk melindungi kesihatan anda sekeluarga setiap hari .
Kenapa mealshakes dapat memberi manfaat untuk anda?
Antara kebaikan Mealshake ini ialah :
ia mempunyai rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
sesuai untuk seisi keluarga(boleh bancuh dalam satu jag untuk sekeluarga minum)
Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga/hidangan berbuka yang mengenyangkan sementara sebelum makan berat selepas solat maghrib/ minum berzat waktu petang
Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak(memberi ketahanan untuk tubuh jika selalu sakit, demam atau selsema)
Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
Meningkatkan selera makan anak(Sesuai bagi yang cerewet makan)
Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti
Dicadangkan dalam diet yang diperlukan jika ingin menambah berat badan sekiranya terlalu kurus.
Dapatkan sekarang untuk anak dan keluarga anda ..
Mealshakes French vanilla
Harga : Rm 113.75 ( 544gm)
Hubungi mama untuk sebarang maklumat lanjut atau pembelian. Terima kasih.
MamaJane
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia

Monday 24 August 2015

PRO SANTE SHAMPOO: MENGATASI RAMBUT GUGUR

♡Pro sante haircare shaklee♡
Mengalami masalah rambut gugur selepas bersalin adalah normal bagi ibu ibu kerana perubahan hormon dan kekurangan nutrien dlm badan ibu selepas mengandung. Ramai yang abaikan pengambilan vitamin selepas bersalin, namun ternyata sangat membantu dalam mengatasi masalah rambut gugur serta memulihkan kesihatan dalaman ibu. Walaupun ia situasi normal namun jika dibiarkan anda mungkin berisiko botak. Rambut adalah mahkota wanita.Atasi segera, pelihara selagi terdaya.
Kadang-kadang sebagai wanita especially selalu buat chemical pada rambut atau yang berambut panjang seringkali ada masalah kelemumur atau pun masalah keguguran rambut betul tak? Yang rambut pendek pulak mungkin tak ada masalah keguguran rambut tapi masalah kelemumur tu memang tak boleh dielakkan.
Perkara yang paling penting sekali untuk menjaga rambut ini adalah pemilihan shampoo yang sesuai serta supplemen atau vitamin rambut yang harus diamalkan untuk menjaga kesihatan rambut.
Jadi di sini , saya nak kongsikan kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee ini. Produk ini adalah bebas kimia dan selamat digunakan.
1. Long Lasting Finishing Spray ( 237ml)
Harga : Rm 58.75
“Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
Memberikan perlindungan UV
Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
2. Revitalizing Shampoo ( 296ml)
Harga: Rm66.25
Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.
3.Purifying Shampoo ( 237ml)
Harga: rm62.50
Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan pencemar persekitaran yang lain
Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.
4. Replenishing Conditioner ( 237ml)
Harga : Rm67.50
Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi.
5. Lightweight Conditioner ( 296ml)
Harga : Rm66.25
-Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
-Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat.
-Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
6. Nourishing Scalp Treatment (59ml)
  Harga : Rm 93.57
-Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala
-Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran
Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda
-Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
-Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
-ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut .
Note:  Yang paling best sekali.. Dengan menggunakan shampoo Shaklee, kita tak perlu cuci rambut setiap hari. Hari kedua dan ketiga pun masih terasa bersih lagi. So, berbaloi sangat-sangat walaupun harganya lebih mahal berbanding dengan shampoo biasa yang dijual di pasaraya atau salon, kita tak perlu pakai hari-hari pun rambut dan kulit kepala akan jadi bertambah sihat.
So apa tunggu lagi??? Rambut adalah mahkota bagi wanita. Sebagai wanita, kita perlu jaga kebersihan dan kesihatan rambut sebaik-baiknya.tidak ketinggalan juga lelaki. Rambut itu juga penting buat lelaki..
Selain set penjagaan rambut,anda juga  memerlukan supplemen untuk rambut, untuk membantu mempercepat pertumbuhan rambut baru yang sihat. Supplemen yang sesuai untuk kesihatan rambut seperti dibawah:
1. Zinc complex - Rm33.75
2. B Complex  - Rm 53.75
3.Energizing Soy protien ( ESP)- Rm 150.00
4.Vitalea - Rm88.75

Untuk pertanyaan lanjut atau pembelian, boleh hubungi mama ya. Pasti mama berikan konsultasi yg terbaik untuk anda. ;)

 MamaJane,
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia

KEK EPAL VERSI MAMA

Kek Epal yang sedia disantap tengah malam ni hehehe..tak sabar nak rasa. 

Malam ni mengemas peti sejuk. Lihat beberapa biji buah epal masih tak terusik. Buah epal yang dibeli minggu lepas.  kulit macam baru nak berkedut.masih bagus lagi, sayang tengok. Kalau dimakan begitu sahaja dah tak segar. Jadi mama fikir buat kek sajalah. Boleh juga esok buat sarapan dan buat bekal abang yen  pegi sekolah.Lagipun kalau buah dah jadi kek atau ais krim kompom abang yen habiskan hehehe. Kena tau psikologi makanan kalau deal ngan abang yen ni..;)

Ini adalah salah satu rangkaian resepi sihat untuk kanak-kanak dalam Superhealthy kids. Asalnya resepi ini dalam bahasa inggeris. Ni haa mama dah translatekan hahaha.. boleh bah kalau kau..:)

GERMAN APPLE CAKE
Resepi asal: superhealthy kids

Bahan: 
4 biji epal ( dikupas kulit dan dipotong dadu kecil)
1 camca teh serbuk kayu manis
3 biji telur
75g gula castor/ halus 
250gm tepung kek@ naik sendiri
1 camca teh esen vanilla
1 cawan susu segar
1 paket Almond cincang
 1/4  bar Coklat masakan ( diparut)

Cara membuat: 
1. Pukul gula dan telur hingga kembang.
2. Masukkan susu segar, esen vanilla,serbuk kayu manis. Gaulkan sebati.
3.masukkan tepung.gaulkan.
4. Masukkan buah epal .gaulkan
5. Akhir sekali, masukkan almond cincang dan  coklat parut. 
6.tuang dalam loyang.dan bakar 350'c selama 30 minit atau sehingga masak. 
7. Sejukkan dan hidangkan. 


KEK COKLAT KARAMEL VERSI MAMA


KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS
Resepi asal : Daridapur.com

Dah lama mama tak buat kek ni. Paling last buat yang ni  Disember tahun 2013 di rumah Mak di Sibu. Hari ini,selak-selak tengok buku resepi. Mama ni jenis rajin menulis resepi yang sedap. Aduh..teringat kesedapan kek ni. Terus check bahan dalam almari, wahh cukup untuk buat sebiji kek ni..hehehe..
Buat kejutan untuk abang Yen jap. Ini memang model kek mama sejak azali ni..


BAHAN KARAMEL

STEP 1: 
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang

STEP 2: 
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3: 
Bahan B

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )

STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Pastikan jangan berbuih!.. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

STEP 5:
Kukus selama 15 minit.. Nak guna kaedah steam bake pun boleh. Tapi saya lebih suka guna kaedah kukus sebab lagi senang.


BAHAN KEK COKLAT MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA PENYEDIAAN

Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B: 
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend

CARA PENYEDIAAN

Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi sate atau garfu. Kalau tak melekat, maksudnya dah masak la tu.

Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.

Dan....Sedia untuk dimakan!

KAHAK :JANGAN PANDANG REMEH

Hai..3 hari dah mama tak dapat update blog akibat terlantar demam panas gara-gara kesan infection@jangkitan tekak . Mama memang jenis alahan pada tekak. Kalau kuman,virus atau bakteria serang tekak mama memang sistem badan bagi signal demam terus. Sebab tu, mama memang menjaga part tekak ni dan Sebab tu juga terdetik dalam hati mama nak berkongsi tentang jangkitan tekak dan kahak ni. Sangat penting untuk kita tahu. Jangan ambil remeh tentang perkara ini. Rawat atau cegah sebelum terkena.Ok..mari kita berkenalan dengan kahak dulu ni..;)

Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?

Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.

Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak dengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. 

Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.

Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak.

Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam, manakala sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ianya mungkin petanda bagi masalah saluran pernafasan yang kronik. Namun begitu masalah allergik (alahan) dan jangkitan virus adalah punca utama bagi lendir.

Tindakbalas allergik adalah disebabkan oleh habuk atau bendasing yang kecil. Sebagai contoh , kami  sebagai guru yang mengajar murid-murid selalu  menggunakan kapur semasa menulis di papan hitam juga menghadapi masalah allergik pada habuk kapur.Mama memang jenis tak tahan dengan debu kapur, atau jika guru itu menggunakan pen marker untuk menulis, kemungkinan beliau akan allergik kepada bau dakwat yang digunakan.

Apabila tekak diserang oleh habuk sebegitu, ianya akan mencepatkan pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan untuk mengumpulkan benda asing yang halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk. Ianya adalah sebahagian daripada sistem ketahanan tubuh (body immune system), pada masa yang sama menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.

Walau bagaimana jika tekak “diserang” dengan hebat, tubuh akan melipatgandakan sistem pertahanan sehingga menyebabkan saluran pernafasan menyempit, bagi mengelakkan banda asing ini masuk ke dalam saluran pernafasan. Ini dinamakan “bronchospasm” yang berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika mereka bernafas, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika bernafas.

Selain dari masalah itu, lendir yang banyak dan berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan terhadang . Penyempitan saluran pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat disebabkan oleh lendir yang pekat (mucus plug), boleh mengakibatkan kematian terutama pada kanak-kanak.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia.

Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit tekak, sakit kepala dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya jangkitan virus. Jika lendir atau kahaknya berwarna kuning, ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu beserta dengan demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepala dan sakit di bahagian otot-ototnya.

Bagi kes orang yang alergik@alahan,
harus dicari punca  penyebab allergik di dalam rumah atau di persekitaran rumah anda. Contohnya cadar tilam,selimut,langsir, karpet,di sofa..pastikan kita cuci selalu.Selain Mama, Abang yen juga turut mengalami alergi kepada  debu@ habuk dan cuaca sejuk. Abang Yen mewarisi alergi tu daripada mama. Kesian abang yen.Sebab tu mama memang jaga betul bab debu dan cuaca sejuk daripada anak- anak mama.

Kahak yang melekat

Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak meleleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.

“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).

Cara mengurangkan lendir:

Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk, mungkin steroids. Namun begitu ada beberapa cara yang mudah bagi mengurangkan lendir di tekak yang boleh di cuba di rumah menggunakan bahan asas masakan. Di sini mama akan  kongsi resepi minuman untuk membuang kahak bagi dewasa dan kanak-kanak.

Resepi minuman untuk membuang kahak

Bahan:
Secawan air suam
1 sudu makan Madu
Sehiris lemon
1 sudu teh serbuk kayu manis ( cinnamon ground)- ada dijual siap serbuk dipasar.

Cara:
1. Campurkan semua bahan dalam air suam.kacau dan minum . Ini boleh mengeluarkan dan mencairkan kahak.

✩Selain cara di atas , boleh makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih (pepper). Campurkan semua,reneh dengan api perlahan. Minum sup semasa masih hangat.

✩Untuk Bayi atau kanak-kanak yang tak tahu membuang kahak sendiri, boleh cincang bawang putih dan gaulkan dengan minyak kelapa. Selepas itu, usapkan di dada dan belakang anak. Boleh jadi vape kepada anak. Kemudian tepuk belakang anak secara perlahan.

Supplemen bantu pengeluaran kahak

Selain cara di atas juga, mama turut mengamalkan supplemen yang bantu mempercepatkan pengeluaran kahak untuk diri dan anak mama serta  sekaligus membantu menjaga kesihatan secara menyeluruh.

*******************************************
1.OMEGA GUARD SHAKLEE

Omega guard berfungsi sebagai anti inflamasi. Bila ada masalah upper respiratory (salur pernafasan atas) macam batuk selesema (urti-term medical), atau jangkitan kuman di paru- paru (bronchitis/bronchiolitis/pneumonia dsb), omega sangat membantu kurangkan inflamasi atau keradangan pada salur pernafasan serta membantu mencairkan Kahak.

* sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Harga: Rm 135.00 ( 90  biji gel capsul)
Penggunaan : 3 bulan

2. SUSTAINED RELEASE VITAMIN C /
     CHEWABLE VITAMIN C - For Kid.
Meningkatkan imunisasi badan untuk melawan penyakit @ jangkitan penyakit.

Harga: Rm92.50 ( 180 biji tablet) dewasa
Penggunaan: 6 bulan

Harga : Rm 35.00 ( 60 biji tablet ) kanak2
Penggunaan: 2 bulan

*******************************************
Ingin dapatkan supplemen di atas? Boleh hubungi mama ya. Sharing is caring.

MamaJane
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia

AYAM PANSUH VERSI MAMA

Masak ayam pansuh periuk hehehe. Asalnya ayam ni harus masak dalam buluh. Aroma buluh tu penambah kesedapan .Tapi, mama tak da buluh dah. Tapi tak pa,Alang2 bahan masih ada. Tak da buluh pun boleh masak ayam pansuh. Resepi sihat ni. Resepi turun temurun kami berbangsa iban. Mama cuma modenkan sendiri hahaha. Mama pakai periuk tanah liat sebagai penganti buluh.

Bahan2:
1. Ayam-dipotong ikut saiz kesukaan
2.Serai- ditumbuk
3.Halia- ditumbuk
4.Upa tepus@umbut tepus- kalau tak da ni ganti ngan bunga kantan pun boleh.
5. Daun bungkang - special ni..hehe.
6. Daun ubi..-gosok sikit2.
7. Garam secukupnya
8.aji no moto- ikut cita rasa. Nak bubuh silakan.tak nak tak pa..
9.air secukupnya.tak payah banyak ye..sedang2 saja.

Cara masak:
1. Gaulkan semua bahan..
2.masukkan dlm buluh@ periuk.
3. Simpan sedikit air..
4.tutup buluh guna daun ubi yg lebih..atau kalau guna periuk.tutup guna tudung periuk lerr..hehehe.
5.biarkan mendidih.slow api..biarkan masak perlahan...
6.dah masak , hidangkan dan makan.

Naah senang saja tu. Kalau nak sihat boleh saja.Jemu dah mama makan makanan bergoreng, berlemak lemak.tak sihat..

Selamat mencuba..;)

Thursday 20 August 2015

5 SEBAB WANITA PERLUKAN VITAMIN C

5 SEBAB Kenapa wanita perlukan vitamin C:

1. Untuk aktifkan kolegen dalam badan utk keremajaan kulit dAn otot sendi serta Awet muda.

2. Untuk kesihatan badan - vitamin c adalah booster imunisasi badan/ meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit.Anti kanser dAn tidak  mudah dijangkiti penyakit, demam@ selsema.

3. Untuk membuang dAn memudarkan bintik-bintik, jeragat dAn mengecutkan jerawat di wajah serta seluruh badan.

4. Berfungsi membantu dalam mengawal tekanan darah , kawal stress,pembentukan sel darah dAn menambah darah terutama semasa mengandung dAn semasa berpantang.

5. Utk wanita yg merokok khasnya - vitamin c amat diperlukan sebagai anti oksidan dAn melawan kerosakan sel kerana merokok. Setiap 1 batang rokok boleh mengurangkan 25mg vitamin C dalam badan. Wanita yg merokok perlukan 110mg vitamin C daripada keperluan normal wanita biasa antara 60-90mg sehari.

Nota: nak cantik nak Sihat ️semua perlu vitamin C. Tak kira wanita atau lelaki. ☺️

Harga : Rm92.50

Nak tau lebih details .. Jum pm mama..Konsultasi khas utk  customer Eksklusif mama..😘

Mama Jane 🍭
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia

PENENTU JANTINA ANAK : LELAKI ATAU WANITA?

Selalu kita dengar orang cenderung salahkan wanita bila bab ada anak, jantina anak, yang tak beranak..dan macam- macam lagi. Kesian wanita kan??

Tahukah anda..?? Lelaki adalah penentu jantina anak yang dikandungkan oleh wanita. Haaa...kenapa ya?

Ini khas utk pasangan yg sedang rancang kehamilan termasuklah nak rancang jantina anak..=)

Ya..memang lelaki yang tentukan gender baby. Semasa waktu subur lelaki , lebih cenderung akan keluarkan sperma yg aktif yg lebih  banyak kromosom Y . Jangan tak tau, lelaki pun ada waktu subur juga ye..hehe.bukan wanita saja.

Macam mana nak tau lelaki waktu subur ke tak?? Haha.. yg ni hanya untuk pasangan yg sudah berkahwin sahaja. Kena pegi kursus kawin dulu baru tau. Ada silibus utk bahagian gynecology..dan perancangan kehamilan. =) yang dah faham boleh praktikkan..

Selain itu para suami juga dinasihat utk jaga kesihatan..seperti para wanita. Amalkan makanan sihat. Elak dari merokok.sebab merokok salah satu faktor penyumbang ketidaksuburan.

♡Note penting:
Senarai vitamin yang diperlukan oleh lelaki;

1. VITAMIN E COMPLEX
Vitamin E adalah salah satu supplemen utk kesihatan sistem reproduktif lelaki.kaya dengan anti oksidan yg mampu halang radikal bebas sebagai penyebab kerosakan pada jaringan tubuh. Untuk kesihatan sistem reproduktif lelaki Vitamin E berfungsi menjaga kesihatan sperma.

Vitamin E terbukti mampu melindungi membran sperma daripada kerosakan oksidasi. Di mana kita tahu kerosakan DNA sperma boleh menyebabkan ketidaksuburan lelaki.

2.VITAMIN C

Vitamin C berfungsi meningkatkan kualiti sperma.Bagi perokok digalakkan utk ambil 500mg vitamin c setiap hari.

3. VITAMIN B12
9 melancarkan pengeluaran sperma.

4.ZINC COMPLEX
meningkatkan kadar tektosteron.

5.SELENIUM

Selenium: mengaktifkan sperma. Sumber terbaik drp ikan salmon. Selenium juga ada terdapat dalam kandungan Vitamin E complex shaklee. Senang kan sekarang..

Vitamin Shaklee untuk kesuburan lelaki:

1. VITAMIN E COMPLEX : RM149.00

2. ZINC COMPLEX : RM 33.75

3. B COMPLEX: RM53.75

4. SR VITAMIN C: RM 92.50


Nak dapatkan vitamin untuk kesuburan untuk lelaki dan wanita atau untuk maklumat lanjut mengenai produk,  boleh contact mama ya. 


 MamaJane

0138246040 ( watsap/sms)

Your Trusted SID: 1068087

FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop

FB: Vanessa Jane

Email: janechendang@gmail.com

COD: samarahan, kuching

Pos: seluruh Malaysia

ESP - SOYA PENYEBAB KANSER / CYST

Kita selalu dengar... soya aktifkan cyst dalam rahim atau sel kanser??? Ramai yang kecoh pasal ni.

Ya itu betul. Soya antara penyebab sel cyst menjadi aktif. Tetapi itu adalah soya yang ditanam secara  diubah genetiknya atau GMO ( Genetically Modified). Ditambah hormon oleh dek teknologi baru bagi mempercepatkan proses penanaman. Hasilnya bagi tujuan komersial. Kesannya??? Beri kesan negatif kepada kesihatan penguna yg mengamalkan soya.

Banyak produk soya di pasaran yg terhasil daripada soya yg GMO.

Tahukah anda???

Energising Soy protien ( ESP ) Shaklee adalah produk soya yg Non GMO.ESP shaklee diperbuat dari soya non-GMO, dicuci dengan air,mengandungi lima vitamin B yang penting, rendah lemak ,bebas laktosa dan kolestrol.Anda jangan risau untuk amalkan ESP dalam diet harian anda.

Saya nak tekankan iaitu soya yg digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO). Protein soya Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari  proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, yakinlah dgn shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Salah satu perbezaan ESP jenama Shaklee berbanding soya jenama lain adalah soya shaklee dibasuh dengan menggunakan air. Tahukah anda kebanyakan jenama soya di pasaran dibasuh menggunakan alkohol sebelum diproses?

Alkohol ini menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Sedangkan isoflavanes ini lah yang penting dalam pencegahan kanser. Jadi kalau ada yang kata makan soya punca kanser, memanglah betul sebab soya yang dah diproses dah tiada khasiat isoflavanes .

Berbeza dengan ESP Shaklee. Soya Shaklee dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes, genistein dan daidzein dan juga keseluruhan kebaikan soya.

Istimewanya ESP Shaklee:

♡ sumber protein soya terbaik.

♡Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan  rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. 

♡ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

♡Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.

Kalau nak tahu lebih lanjut ,korang research lah yer. Bagi saya tak menyesal saya pilih ESP jenama Shaklee sebagai protien  suplemen harian saya. Dan kalau nak  tahu satu lagi fakta best, Shaklee merupakan syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein  berasaskan kacang soya.

Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah  dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an.  Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah  membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein  soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka  panjang.

ESP sesuai untuk :
1. Ibu hamil
2. Ibu berpantang
3. Orang yang nak turunkan berat badan
4. Orang yang nak kulit cantik
5. Ibu menyusu- memekat dan memperbanyak air susu.

6. Kawal kolestrol

7. Membantu masalah kesuburan

8. Membantu Memudarkan dan menghilangkan  parut

9.kesihatan jantung dan prostat

10. Menganjalkan payu dara

Note: nah panjang lebar penerangan.. sila rajin baca ya ..dan jangan ragu ragu lagi untuk amalkan ESP..terbaik untuk anda.♡♡♡

Harga: Rm150.00

Nak dapatkan ESP?? Boleh hubungi mama ya.

Mama Jane
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia

7 SEBAB KENAPA SAYA SUKA VITALEA

Heee buka botol baru Vitalea..;)
Multivitamin yang wajib mama telan setiap hari untuk maintain kesihatan.

★Kenapa suka sangat telan Vitalea ni?

√ Sebab Vitalea Multivitamin dan Mineral  terbaik dunia. Vitamin yang PERTAMA dicipta di dunia. Tahun 2015 dah cecah ke 100 tahun Vitalea ni..haaaa..kalau tak baik kenapa boleh bertahan begitu lama di pasaran??

√Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

√Tablet Vita-Lea Shaklee ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”.

√ Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

√Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

√ Vita-Lea Shaklee telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN  di dalam Public Interest pada tahun 2000.

√Vitamin Yang Terkandung dalam Vita-Lea Shaklee :

♡Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
♡Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat ♡Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
♡Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
♡ Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot ♡Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang ♡Magnesium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung 

√Manfaat Utama Vita-Lea Shaklee:

1. Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

2. Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

3.Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

4.Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

5.Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.

6.Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

7.Untuk kesihatan yang Optimum

Nahh banyak manfaat Vitalea ni. Sebab tu jika kita lihat dgn teliti betul-betul Vitalea merupakan salah satu SET ASAS yang dicadangkan oleh Shaklee untuk SET PRODUK nya.

Harga: Rm 88.75 (120 biji )

Jimat lagi tu..3 bulan boleh makan vitalea ni. Nak maintain sihat dan bertenaga ? Dapatkan sebotol Vitalea untuk diri anda dan keluarga :)

♡MamaJane♡

0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia