Hai..hari ini mama nak kongsi resepi comel time cuti ni tadi. Ni pencuci mulut yang cik mandy dan abang yen suka. Mama memang tak reti duduk diam kalau kami bergabung..hehe. resepi mudah dan sedap.Mama cilok dari Buku resepi 365 i hari 1 resepi oleh chef liza. Best sungguh buku ni.senang sangat. Cepat jadi pulak tu..hehehe.
RESEPI PUDING KARAMEL BUAH - BUAHAN
Bahan- bahan :-
- 3 sudu besar gula pasir (gula hangus)
- 1 Peket agar-agar serbuk 10g
- 4 cawan air
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 tin susu cair (400ml)
- 3 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 tin koktail buah-buahan
Cara cara :-
- Taburkan gula pasir didalam loyang kemudian, masakan sehingga keperangan, kemudian goyangkan loyang tu supaya gula hangus tu sekata disekeliling loyang. Ketepikan
- Kemudian dalam bekas lain susu cair, tepung kastard dan esen dikacau sehingga tidak berketul.
- Lepas tu satukan dalam periuk agar-agar, air, susu pekat manis, gula.
- Kacau sehingga bahan-bahan masak mendidih, kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus.
- Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.
- Bila hendak dimakan, hidangkan bersama koktail buah-buah tadi.
Selamat Mencuba :)
♡ MamaJane
No comments:
Post a Comment