KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS
Resepi asal : Daridapur.com
Dah lama mama tak buat kek ni. Paling last buat yang ni Disember tahun 2013 di rumah Mak di Sibu. Hari ini,selak-selak tengok buku resepi. Mama ni jenis rajin menulis resepi yang sedap. Aduh..teringat kesedapan kek ni. Terus check bahan dalam almari, wahh cukup untuk buat sebiji kek ni..hehehe..
Buat kejutan untuk abang Yen jap. Ini memang model kek mama sejak azali ni..
BAHAN KARAMEL
STEP 1:
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang
STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas
STEP 3:
Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )
STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Pastikan jangan berbuih!.. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
STEP 5:
Kukus selama 15 minit.. Nak guna kaedah steam bake pun boleh. Tapi saya lebih suka guna kaedah kukus sebab lagi senang.
BAHAN KEK COKLAT MOIST
Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.
Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak
Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend
CARA PENYEDIAAN
Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi sate atau garfu. Kalau tak melekat, maksudnya dah masak la tu.
Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.
No comments:
Post a Comment