Monday, 24 August 2015

KEK EPAL VERSI MAMA

Kek Epal yang sedia disantap tengah malam ni hehehe..tak sabar nak rasa. 

Malam ni mengemas peti sejuk. Lihat beberapa biji buah epal masih tak terusik. Buah epal yang dibeli minggu lepas.  kulit macam baru nak berkedut.masih bagus lagi, sayang tengok. Kalau dimakan begitu sahaja dah tak segar. Jadi mama fikir buat kek sajalah. Boleh juga esok buat sarapan dan buat bekal abang yen  pegi sekolah.Lagipun kalau buah dah jadi kek atau ais krim kompom abang yen habiskan hehehe. Kena tau psikologi makanan kalau deal ngan abang yen ni..;)

Ini adalah salah satu rangkaian resepi sihat untuk kanak-kanak dalam Superhealthy kids. Asalnya resepi ini dalam bahasa inggeris. Ni haa mama dah translatekan hahaha.. boleh bah kalau kau..:)

GERMAN APPLE CAKE
Resepi asal: superhealthy kids

Bahan: 
4 biji epal ( dikupas kulit dan dipotong dadu kecil)
1 camca teh serbuk kayu manis
3 biji telur
75g gula castor/ halus 
250gm tepung kek@ naik sendiri
1 camca teh esen vanilla
1 cawan susu segar
1 paket Almond cincang
 1/4  bar Coklat masakan ( diparut)

Cara membuat: 
1. Pukul gula dan telur hingga kembang.
2. Masukkan susu segar, esen vanilla,serbuk kayu manis. Gaulkan sebati.
3.masukkan tepung.gaulkan.
4. Masukkan buah epal .gaulkan
5. Akhir sekali, masukkan almond cincang dan  coklat parut. 
6.tuang dalam loyang.dan bakar 350'c selama 30 minit atau sehingga masak. 
7. Sejukkan dan hidangkan. 


No comments:

Post a Comment