Thursday 26 February 2015

ANAK SUSAH NAK MAKAN SAYUR : JUM BUAT MINI CAKE SAYURAN

Hai semua..Apa khabar? semoga semuanya sihat ya. Jangan lupa jaga kesihatan ya terutama musim panas macam ni.Kena banyak minum air biasa dan makan makanan yang berkhasiat. kalau ada budget boleh dapatkan supplemen untuk bantu meningkatkan tahap imunisasi badan ye..sebab ramai yang jatuh sakit dalam minggu ni.Contoh saja di sekolah mama, ramai guru atau pelajar yang sakit,demam,flu dan banyak lagi lah..sharing is caring :)

Hari ni mama nak kongsi cara nak buat Mini cake sayuran .Mama dah banyak kali buat yang ni tapi lupa nak share hehehehe..sebenarnya yang ni mama patut share semalam tapi badan penat sangat akhirnya tak terupdate resipi dalam ni hehehe..Sorry :D

Resepi mini cake sayur ni simple tapi sedap.Mama sendiri pun suka makan hehehe. Ini adalah salah satu teknik mama untuk train anak untuk makan sayur. Ramai kita ibubapa yang alami masalah anak tak suka makan sayur kan? Bukan ibu-ibu saja yang keseorangan mengalaminya malah mama pun.

Resepi cup cake sayuran
Bahan2:
1 Carrot - diparut
5 batang kacang panjang-dihiris nipis/potong dadu nipis
6 cendawan shitake- dihiris dadu ( tak de ni boleh guna cendawan butang )-mama suka aroma cendawan khas nya kalau masak ngan cheese ..slurppp..:)
2 biji telur-dipukul kembang
3 keping cheese-mama guna mozarola cheese.- potong kecil kecil supaya senang meresap/melting
isi ayam/ daging - yang dah dimesin /dilumatkan (gaul dan perap sekejap ngan  garam dan lada hitam kejap )
1 biji tomato besar-potong dadu kecil
2 Keping nanas-dipotong kiub kecil

Cara membuat:
1. sediakan bahan dan potong/hiris ikut kat bahan tu.
2. masukkan semua  bahan kecuali telur, dalam cup cake tray.

 ni contoh semua bahan dah disimpan dalam cup cake tray pan

3. lepas tu, siramkan telur ke dalam setiap lubang cup cake pan( yang kita dah simpan bahan tu )

4.bakar dalam oven 25 minit 120'c.

 bakar dalam oven 25 minit.

5.hidangkan kepada anak/keluarga. boleh buat lauk anak atau dimakan begitu saja untuk minum petang .sedap!!!! rasa cheese tu yang buat anak lupa tentang sayur hahahaha... habis dimakan gitu.


 ni rupa cake dah masak.mama suka kalau tepi cake rangup..dan ada kerak sikit..


Nah..boleh makan sudah..hehehe. makan begitu saja sedap, makan bersama nasi juga sedap..:)

Cik Mandy makan ngan nasi..hehehe..

selamat mencuba ya!:)

Note: Nak order vitamin untuk anak? boleh contact mama juga..hehe
          Vitamin Terbaik untuk anak supaya anak kekal cergas dan sihat serta suka makan:
      1. Mealshakes- perisa Vanilla( Mulitvitamin bentuk serbuk)-khas utk 1 tahun ke atas
           Rm113.75
      2. Vitalea For Kids( Multivitamin multimineral)-19 Jenis Vitamin included-utk 4 tahun ke 
           atas atau boleh mengunyah ).-salah satu fungsi: meningkatkan selera makan.
          Rm 111.00
      3.  Omega Guard ( Utk Otak dan Kanak2 asma/batuk/selsema)- 6 bulan ke atas.
           Rm136.00

Hubungi:
0138246040 ( Watsapp/sms)
Your Trusted Shaklee Indepedent distributor (1068087)
Fb page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
Fb: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
Cod: Kuching,samarahan
Pos: ke seluruh Malaysia 


Sunday 22 February 2015

HOMEMADE PIZZA MAMA

Hai Selamat pagi semua..selamat kembali bertugas kepada yang bekerja. Mama pun akan kembali bekerja pada hari ini..tapi sesi petang hehehe..so awal pagi mama punyai kesempatan untuk berblog.:)

Hari ini saja mama nak kongsi Tentang Resepi Pizza.Kalau diimbas kembali masa, Last mama buat pizza ialah tahun lepas..hahaha.Macam lama jer bunyinya..hehe. Malam Tadi mama sempat buat lagi untuk Bekal Abang Yen ke sekolah pagi ini. Biasalah kan, anak mama yang sulung ni 'taste' dia memang agak 'western' sikit dan banyak cerewetnya. Berbanding adik Mandy, bagi apa saja memang telan semua asal sedap..hahahaha.

Nak diceritakan malam tadi,semasa nak pegi rumah babeh untuk hantar adik Mandy pulang adalah kami sekeluarga lalu @Limpas kedai Pizza Hut..wahh abang yen cakap nak makan pizza. Mama bagitau sekarang tak boleh sebab mama tak cukup kewangan untuk duduk makan pizza tu.Mahal nya..kalau sekali duduk memang Sah RM100+ Melayang kan... boleh duduk 5-10 kali makan nasi hidang biasa. Bulan masih panjang lagi ni..kena ingatkan anak-anak juga supaya faham erti BERJIMAT ni. Kalau duduk dalam tu bukan nak makan pizza je,banyak benda lain yang nak diorder nanti..Jadi mama janji balik rumah nanti mama buat untuk abang.Lebih jimat kos,lebih sedap (hehehe), dan lebih sihat..Abang yen pun angguk tanda faham..( syukur dia faham).

Jadi balik rumah, mama cek bahan2..syukur semua masih ada.dan ada juga sayur yang kebetulan ada hehehe..macam cili bengala. ahh boleh lah.. Sempat suruh abang yen pegi tidur dulu..:D. Jadi projek pizza on semula..:)

Bahan-Bahan Doh Pizza:
2 Cawan tepung roti/gandum ( mama guna gandum je).
1 sudu kecil instants yis
1/4 sudu kecil  softening
1 sudu besar minyak masak/minyak jagung ( mama guna minyak jagung )
165ml air
1 sudu teh garam
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil gula ( mama guna gula halus senang sikit ).


Cara membuat doh:
  1. satukan semua bahan kecuali minyak dan air.
  2. tuang air sedikit demi sedikit semasa menguli hingga habis
  3. masukkan minyak masak. uli lagi sampai doh nampak sebati dan licin. kalau tak larat bolehlah guna mixer..
  4. sapukan minyak dalam mangkuk yang besar. masukkan doh yg telah siap di uli tadi
  5. tutup dgn kain bersih yg lembap. perap 40 min. bergantung pada suhu bilik hingga doh mengembang 2 kali ganda
  6. tumbuk doh utk keluarkan angin, bolehlah di gelek bentuk bulat dengan ketebalan 1 inch
  7.  perap lagi 30min sampai nampak doh mengembang sedikit
  8. panaskan oven pada suhu 160 C
  9. bakar doh pizza yg dah di cucuk dgn garpu selama 25min.

 Gambar diatas ni cara buat doh

Topping Pizza:
1. Tomato paste
2.Bawang besar
3.Nanas kiub ( dlm tin )- ekspress punya pasal:)
4.Daging cincang
5.Mozarella Cheese
6.Cili benggala-merah,kuning,hijau.
7.Jagung ( dalam tin ).
8.Mushroom button  ( dlm tin)

Cara berikut untuk topping:
  1. keluarkan doh. letak sos tomato, tabur topping dan cheese
  2. Topping tu ( daging cincang dan tomato paste ) mama lebih suka masak dulu dan gaulkan.lepas tu  sapu kat atas pizza.seterusnya tabur topping yang lain.
  3. bakar semula pizza selama 25min
  4. hidangkan panas atau sejuk....pizza ni sentiasa lembut dan rangup
pizza dah siap..2 pizza lagi tu.Jimat bukan.Hasil daripada lebihan bahan daripada Disember taun lepas. entah berapa biji burger boleh buat.

Tu dia..senyum sampai ke telinga abang..awal pagi dah rembat satu slice..hehe.

oklah..kalau nak jimat tu memang boleh.Kalau nak buat tinggal ada kerajinan saja.Mama memang jenis tak reti duduk diam.. khasnya buat makanan sihat untuk anak-anak. Ini juga salah satu cara mama ajar abang yen makan sayur..letak sayur dalam makanan kegemaran dia.Semua dia ngap. Jadi tak perlu lagi nak bazir wang untuk beli pizza diluar lagi. Tapi kalau sekali sekala nak belanja anak diluar tak salah..juga..cuma kita kena tengok bajet dan keperluan juga ya.  

nak cuba?? ahh sangat dialu-alukan untuk cuba resepi ni. Dah cuba tu..mai le komen kat blog mama.kita saling berkongsi resepi.ada resepi yang lebih sedap dan sihat..sila jangan segan untuk kongsi ngan mama ye..mama suka main masak-masak ni..hehehe.Have a blessed day!!!

Note: Nak order vitamin untuk anak? boleh contact mama juga..hehe
          Vitamin Terbaik untuk anak supaya anak kekal cergas dan sihat serta suka makan:
      1. Mealshakes- perisa Vanilla( Mulitvitamin bentuk serbuk)-khas utk 1 tahun ke atas
      2. Vitalea For Kids( Multivitamin multimineral)-19 Jenis Vitamin included-utk 4 tahun ke 
           atas atau boleh mengunyah ).
      3.  Omega Guard ( Utk Otak dan Kanak2 asma/batuk/selsema)- 6 bulan ke atas.



Mama Jane
0138246040 ( Watsapp/sms)
Your Trusted Shaklee Indepedent distributor (1068087)
Fb page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
Fb: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
Cod: Kuching,samarahan
Pos: ke seluruh Malaysia 



Saturday 21 February 2015

HOMEMADE SPINACH NOODLES../ MI BAYAM

Hello again.. hari ini last day cuti Tahun Baru cina. Sungguh tak terasa dah abis seminggu dah cuti.Esok , dah mula back to Work. :( .Petang nanti mama kena lah berpisah lagi dengan Princess Mama ( Cik Mandy )..huhu. Tapikan sebelum tu..mama buat sesuatu special hari ini untuk Cik Mandy dan Abang Yen. Makanan Sihat untuk adik dan abang.:)

Mi Bayam /Homemade spinach Noodles.

Bahan-Bahan:
250 gm Tepung Gandum
Minyak Olive ( Mama Guna Virgin Olive oil )-secukupnya.
2 Biji Telur
2 Ikat Bayam ( Blendkan )
Garam

Cara Membuatnya:
1. Ambil tepung - letak atas meja -buat  lubang tengah. masukkan telur dan bayam sekali dalam tu.Macam kat bawah tu.


2. Kemudian gaulkan.dan ulikan.simpan sikit minyak olive untuk menyatukan doh.

 haa..lebih kurang macam ni ulinya. ( gambar pinjam ni..mama google hehe ).
minta maaflah ye mama tak sempat nak ambil gambar banyak..paham je lah.tangan yang menguli tepung tu..hehe mana nak pegang telepon kan.


3.kemudian, dah siap uli tu, kita nipiskan enjinkan orang kata..Lebih kurang beginilah jadinya ye.Dah jadi bentuk mi..kita celurkan dalam air panas mendidih bagi masakkan mi. Lepas tu boleh makan terus. nak gorang pun boleh.Tapi mama hidang mi ni dengan sup ikan mix brocoli dan buah apple.  yang mama masak. sedap tau!! ( Puji diri sikit ) hehehe. Lebihan mi, mama simpan dalam peti sejuk.Tahan untuk 3 ke 4 hari. kita just buat lauk/nak masak ikut kesukaan masing2 lah ye..asal sedap.




Resepi Steamed Fish With apple broccoli soup

Bahan:
1 Fish fillet
sebiji buah apple
1/2 broccoli.
sedikit minyak bijan
garam
lada sulah.
sedikit air.

Cara membuat:
1. potong semua bahan- masukkan dalam mangkuk dan masukkan semua perisa.
   kukuskan 10 minit.
2. Hidangkan dengan Mi bayam tadi.mak oii sedap tau supnya. rasa buah apple..manis masam sikit.yang penting Sihat..!!

Haa..kan dah siap.boleh hidangkan kepada anak-anak. Mama pun join sekaki.. Benda sedap kan.jangan tinggal ..rugii..hehe.  Jangan biasakan anak-anak kita makan mi segera ya...jum kita sediakan Makanan sihat tanpa bahan pengawet..atau kondisioner makanan. 
Nak cara yang lebih sihat??? semua tu atas pilihan ibu-ibu sendiri untuk sediakan makanan sihat untuk anak2..:)

Mama memang  buat special mecial utk abg yen dan adik mandy. Ini cara Mama train mereka  berdua makan sayur. Terutama abg yen.. Memang tak suka makan sayur. Dia kata daun sayur tu bunga. Tak de nya org nak mkn bunga katanya..hahahaha.itu karenah anak sulung mama.Ada saja alasan dia kalau kita suruh makan sayur. Jadi mama kena lebih bijak dr budak berdua ni.hehe..

Mi dah siap mix makan ngan Steamed fish with apple broccoli soup . Ahaaa siapa boleh tolak makan kalau mama masak. Abg yen tak tau sayur ada dlm mi tu..😋.

Nota: Mrk dua mmg pelanggan Setia kedai mama😎. Semuanya licin. Tu yg bg mama semangat nak masak macam2 makanan sihat.Mereka sihat , Mama sangat bahagia. 


Vitamin pula..memang tak tinggal..- Vitalea For Kids dan Omega Guard. kasi Upkan Antibodi..nak order contact mama ye..:)


Mama Jane
0138246040 ( Watsapp/sms)
Your Trusted Shaklee Indepent distributor (1068087)
Fb page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
Fb: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
Cod: Kuching,samarahan
Pos: ke seluruh Malaysia 

Wednesday 18 February 2015

GARA-GARA BERPANTANG GUNA SET BERPANTANG SHAKLEE

Sejak Dua tahun yang lepas  Mama masih teringat..Semua orang sibuk bercakap tentang produk SHAKLEE ,di mana saja.Di ofis , di laman sosial lagi lah.Naik jemu mama tengok..Apa yang best sangat ngan SHAKLEE ni???????

Mama cari sumber mana nak dapat produk ni,time tu memang sedang cari supplement utk merancang Hamil.Mama dapatkan produk set kesuburan ( Vitalea,Gla Complex,B complex,Alfafa complex - Untuk Mama dan Vita e complex berserta Zinc complex untuk Encik Suami )  dan mama amalkan..( yang pasal set kesuburan ni mak2 boleh baca kat blog saya moment berkenalan ngan Shaklee nih hee -Mama tulis pada Ogos 2014.cuba cari ye.)

Dipendekkan cerita- Mama berjaya Hamil, dan sepanjang kehamilan mama sambung amalkan Set kehamilan ( Vitalea,Bcomplex,SR Vita C plus, Ostematrix,ESP dan Omega ).Mama ambik full set..masa tu.Demi sayangnya untuk kesihatan diri dan baby.(Baby Mandy sekarang ).Dah bersalin pun mama tetap continue juga ngan set hamil tu tadi dan cuma tambah dua benda jer iaitu Zinc Complex Dan Alfafa.-Yang ni untuk memepercepatkan kesembuhan dan pemulihan luka bersalin serta Alfafa untuk memperbanyakkan susu badan.  Haaa Jimatkan??? dari set subur boleh sambung ke set hamil hingga ke set berpantang.

Gara-Gara  berpantang guna set shaklee ni..lah kondisi kesihatan mama makin membaik dan pemulihan badan selepas bersalin tiga  kali ganda lebih cepat daripada masa mama berpantang anak sulung dulu.Kalau di bandingkan dengan berpantang anak sulung banyak bezanya.Dulu mama berpantang pakai set bersalin  Sendayu tinggi- ( produk terbaik pada zaman dulu ), Mama beli 1 set tu dalam RM400+ . Produk tu bagus , cuma Mungkin badan mama jenis tak dapat terima supplement jenis jamu-jamu atau jenis herba-herba.Setiap badan orang tak sama lah kan..

Antara perkara yang mama alami ialah:
1. Badan cepat panas,
2.Tumbuh ruam dan gatal pada badan
3. Anak pun dapat ruam juga dipipi sebab menyusu badan.
4.Luka bersalin lambat sembuh
5.darah nifas pun lambat habis
6. Tubuh kurang bermaya
7.Susu badan tak banyak

Bila berpantang kali kedua ni mama memang dah setkan tak mau lagi guna produk yang berasaskan jamu atau herba.Sebab badan mama jenis sensitif kerana mama jenis orang yang memang tak sihat sejak dilahirkan.Syukur kepada Tuhan kerana masih memberkati mama dengan memberi  Nyawa ini lebih panjang hingga ke hari ini. Jadi Mama Pilih untuk berpantang Cara moden dengan supplemen dan vitamin saja.Hasilnya sungguh mengujakan...masih teringat kisah mencuit perasaan bila mana mama harus pergi ke Bank utk urusan penukaran kad ATM. Waktu tu memang terdesak.Orang lain atau suami memang tak dapatlah utk jadi wakil tukar kad bank.dah polisi begitu.hehehe..Waktu tu mama baru 3 Hari dah bersalin.Pegawai Bank terkejut macam nak terkeluar biji mata bila mama cakap mama baru beranak 3 hari dah.. Hahhh??  ingat dah macam sebulan berpantang katanya. .hehehe.  Pegawai tu cakap,kalau saya biasanya sebulan baru larat nak  bangun dan bergerak kak..Mama senyum jer..Sebab tak macam rupa orang berpantang pun,sungguhpun mama pakai baju sejuk,pakai stokin serta pakai Hud  kepala hehe. Mama tak cakap mama jenis kuat..cuma kelainan kecergasan tu yang mengujakan mama. Itu baru satu kesannya..banyak lagi yang mama rasa hasil yang baik.Antaranya:

Hasil berpantang menggunakan set shaklee:
1. Badan cepat cergas dan rasa lebih sihat
2. Luka cepat sembuh
3. Susu badan banyak dan meriah
4. Anak sihat - tak da Jaundis/kuning
5.Hemoglobin darah mama cepat meningkat.-cukup darah lah tu dah ..
6.Darah nifas tak sampai sebulan dah kering.

Mama dalam pantang, mama makan apa saja yang disajikan oleh Mak mentua dan suami. Selera makan cukup baik. Nasib baik mak mentua jaga mama dengan baik. semua benda berkhasiat mak bagi.Mama cukup bertuah,  tak macam sesetengah orang lain berpantang dilarang makan itu,makan ini..akhirnya cuma boleh makan halia dan air kopi jer...aduii kesiannya. Cuba bayangkan , macam mana badan nak pulih kalau makanan yang dimakan tak cukup zat dan nutrien. Sudahlah masa mengandung dan beranak ibu memang dah banyak kehilangan zat nutrien dalam badan kerana berkongsi Zat dengan anak yang dikandung berserta pendarahan semasa bersalin. Jadi masa berpantang.ibu mesti makan benda yang berzat untuk mengembalikan atau mengantikan nutrien yang dah kurang. ( suami-suami dan ibu mesti take note ok ) Penting!! untuk kesihatan ibu jangka panjang. Ramai ibu atau suami tak tau tentang ini.Ramai yang dah bersalin tu terus dah tak telan lagi vitamin-vitamin yang klinik bagi time mengandung tu.

kenapa supplemen atau vitamin ini sangat penting diamalkan selepas bersalin??
1. Mengantikan Zat dan nutrien yang dah kurang semasa mengandung dan proses bersalin.
2. mempercepatkan proses pemulihan badandan luka
3.Tambah darah
4.Kesihatan jangka panjang ibu.

Di atas tu semua dah complete dalam set berpantang Shaklee.segala keperluan Zat dah ada.Tak payah risau tak cukup/ tak  dapat nutrien daripada makanan dah.telan saje maka cukuplah sudah...terbaikk!!!



Ini adalah antara set yang mama dah telan/ amalkan.Jadi ibu-ibu boleh pilih ikut keperluan masing-masing.

Hingga sekarang mama masih amalkan Vitalea , Esp, Sr Vita C dan Omega guard serta Alfafa complex untuk tujuan penjagaan kesihatan lanjutan.Ternyata Hasil cukup bagus..dan mama lebih sihat dari biasa.:)

Untuk mendapatkan set hamil/ berpantang dan menyusu ni ,ibu-ibu atau para bapa boleh lah contact mama ya. Mama memang akan bagi penuh konsultasi khas untuk para ibu menjaga kesihatan  serta penggunaan supplemen ni.


Mama Jane
0138246040 ( Watsapp/sms)
Your Trusted Shaklee Indepent distributor (1068087)
Fb page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
Fb: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
Cod: Kuching,samarahan
Pos: ke seluruh Malaysia 



HOMEMADE BURGER PARTIES ATAU SANDWICH PARTIES YANG SIHAT SEDAP!!



hai..lama mama tak update blog ni sejak kerja banyak menimbun di sekolah :) Almaklumlah kerja sebagai guru sekarang ni memang tak sama dengan keja cikgu zaman mama dulu-dulu tu..Tapi mama memang rindu sesangat tau nak menulis ni hehehe..baru cuti ni dapat buka blog..akhirnya..^_^.

Kami diberi cuti seminggu..untu Tahun Baru cina .Yayyyy!!!!! seronoknya.boleh lah mama bergabung bersama keluarga dan anak-anak. Rindunya..^_^ Oklah time cuti ni kan banyak perancangan yang nak dibuat bersama anak2.Projek pertama cuti ni,kita buat homemade Burger parties/sandwich parties. Anak sulung mama jenis yg 'picky eater'@  memilih makan.Especially sayur memang tolak tepi..dia suka makan sandwich/burger. walaupun ni fast food tapi kita nak buat makanan yang sihat tau..yang penting anak-anak mama nak makan dan sajian nya menyihatkan.

Mama lebih suka buat sendiri burger parties atau nugget atau ball chicken atau ballfish. Mama lebih percayakan hasil buatan mama sendiri.Bukan mama tak suka membeli semua benda ni yang dah ready made tu,cuma mama sedikit curious tentang kandungan bahan yang diguna dan dicampur dalam burger parties/nugget/ball chicken yang ada di pasaran tu. Perasaan ragu tu timbul sejak mama menonton satu dokumentari tentang kandungan nugget ayam dan burger parties..(Minta maaflah ye bukan semua company agak nya hehe).Mama jadi geli bila dapat tau sampah sarap daging,tulang2,usus2 masuk digunakan dalam tu..eeewwww..Bayangkan sebelum ni kan,kita makan benda tu. Oleh sebab tu,mama nekad nak buat sendiri. Demi anak mama rela korban sedikit masa utk buat semua tu sendiri..
Antara kebaikan buat sendiri:
1. bersih dan berkualiti
2.kandungan dan bahan yg kita sendiri pilih
3.tak da pengawet digunakan..
4.yakin bila nak bagi anak2 makan.
5.Lebih jimat wang.
6.Lebih sedap heee ( puji diri)..

 Nak tau mama buat apa ngan burger parties dia..??? jum kita terjah..hehehehe. nak jadi mak2 ni otak mama kena bijak lebih banyak sedikit hehehe..mama add on segala sayur dalam burger parties abang yen..hahahaha.Abang yen tak tau, yang dia tau semuanya sedap...nyummm.Mama happy sebab sedikit demi sedikit badan abang yen makin Kurus. Diet berjaya le tu..:D
 homemade burger/sandwich  parties


Bahan Burger parties:
1kg daging/ayam/fish fillet ( kita buat ngan daging)- dikisar
1 sudu makan breadcrumb
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
5 kacang panjang ( dikisar halus)-estimed utk mama lah..
shitake mushroom ( dipotong dadu halus)
1/2 batang carrot- diparut/dikisar halus
3 ulas bawang putih ( dikisar bersama halia -i love this -nature antibiotic actually )
1 inci halia ( dikisar )
1 helai daun ketumbar-dipotong halus ( ambik bau sikit )
1 sudu teh lada hitam
sedikit garam

Cara membuat:
1. kisar daging , masukkan telur.
2. semua bahan kisar dicampurkan dalam daging yang telah dikisar.Gaulkan.
3. bentukkan bulat utk burger/ segiempat utk sandwich.
4. goreng dgn sedikit minyak selama 3 minit.bagi daging melekat kejap..
5. kemudian pindahkan ke dalam oven utk dibakar-45 minit suhu 150'c.


 ni haa sandwich dah siap pun boleh makan..hehe semua bahan ada dalam parties tu termasuk le sayur-mayur.

burger parties ni kita boleh simpan dalam freezer kalau nak simpan lama.. mama pun buat macam tu.kalau nak makan kita keluarkan dan masukkan dlm oven utk dipanas..mudah bukan? jadi mak jangan bagi alasan tak da masa nak siapkan makanan sihat kegemaran anak2  ..:)

selamat mencuba lah ye... jumm maju utk jadi mak yang boleh buat makanan sihat utk anak anak kita.Nak jadi mak..tak boleh nak malas..betul tak? :) selain tu mama memang sentiasa bekalkan anak-anak dengan vitamin lengkap..vitalea for kids dan omega guard shaklee..:)


haa nilah vitamin tu.. anak-anak makin sihat,suka makan dan makin cergas.
all is for my baby..:)

Vitamin ni kalau mak-mak nak beli, boleh order jer dari mama..ye:) banyak khasiat vitamin utk anak-anak kesayangan kita. ibu mana yang tak suka anak sihat kan..:)

oklah..jumpa lagi.

Mama Jane
0138246040
Shaklee Independent distributor ( 1068087 )
Kuching Sarawak.