Thursday 26 March 2015

Resepi pumpkin tot mama

Resepi pumpkin tot ( jejari labu kuning )

Objektif :  sebagai penganti makanan ringan  kanak-kanak di kala petang atau semasa menonton.

Fokus; kanak-kanak Suka makan junk food ,  kanak2 yg tak suka makan sayur Dan buah, sesuai utk semua kanak2 serta org dewasa.😁

Bahan2:
1/2 biji labu ( boleh hasilkan 20 tot ) 
1 Sudu serbuk kayu manis
2 sudu tepung gandum
2 Sudu breadcrumb
1 biji telur ( dipukul di mangkuk berasingan)

Cara membuat: 
1. Setelah dipotong, rebus labu. DAn masukkan sedikit garam . Rebus hingga lembut.
2.sejukkan sebentar, kemudian lenyekkan  labu hingga hancur. 
3.masukkan serbuk kayu manis, tepung dAn breadcrumb.gaulkan sebati.
4. Buatkan bentuk tot @ jejari. Terpulang saiz kpd anda sendiri. Kemudian celup pada telur serta ulikan pada tepung dAn breadcrumb di pinggan berasingan.
5. Susun pada tray yg sudah dilapisi baking paper ( spy tak melekat). Ulang cara no.4 hingga adunan habis.
6. Bakar dlm oven pada suhu 150'c selama 30 minit hingga masak dAn kelihatan rangup. Sejukkan dAn hidangkan atau masukkan dalam balang.☺️

Diatas cara membuat tot labu ☺️

Ni tot labu yg dah masak. Baru keluar oven. 

Tot labu disimpan dlm bekas kerap udara. Boleh Bawa depan tv Ni..boleh makan Sambil menonton.😍

Model tot labu mama..😂😂😂. 

Resepi Yg penuh vitamin dAn sihat utk Anak kita. Selamat mencuba.semoga kira dpt memberikan makanan yg terbaik utk anak2 kita Ya..☺️.  Dah cuba Jgn Lupa bagi feedback ye..😍💋. 

Nak vitamin tambahan utk anak2? Boleh contact mama yer.Mama boleh suggest vitamin terbaik utk anak anda. Antara yg terbaik:
1. Vitalea for children ( 60 tablet). Utk kanak2 4 tahun dAn Ke atas. (multivitamin)-19 jenis vitamin menyokong keperluan tumbesaran dAn Kesihatan anak. 
Bulan Ni Sedang promo. Harga asal:Rm111. Harga promo: bawah rm100

2. Mealshakes (540gm) perisa vanila. Utk kanak2 umur setahun ke Atas. 

3. Omega guard (90 gel capsul) - utk kecerdasan  otak serta sesuai utk kanak2 batuk atau asma. 

Berminat ?? Jangan segan utk hubungi mama di talian berikut:😍☺️

Your trusted Shaklee distributor :
Jane Chendang
Email: janechendang@gmail.com
Fb: Vanessa Jane
Fb page:Mama Mandy Health and Beauty shop
Cod: samarahan , samarindah, kuching
Pos:  Seluruh malaysia 


Friday 6 March 2015

USUS BABY PECAH KERANA SOLID FOOD: SALAH SIAPA?

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua. semoga mempunyai hari yang berbahagia ... hari ini awal mama bersiaran di blog hehehe. Mama dah siap ni nak pegi ke SCAT FAIR di BCCK (Borneo Convention Centre,Kuching) untuk mengiringi pelajar mama untuk lawatan dan dapatkan info berguna mengenai kerjaya di sana..Tapi sebelum tu sempat nak update dulu info sihat untuk ibu-ibu sekelian..Demi cinta mama..hehehe <3 :)

Oklah ..sambungan entry semalam tentang mengapa terjadi banyak kes usus bayi bermasalah yg berlaku dan dipaparkan di dada akhbar atau di media sosial..Punca -Makanan serta kecuaian Ibu atau pengasuh yang kurang mempunyai pengetahuan tentang pemakanan sesuai untuk makanan pertama bayi. Ibu-ibu jangan marah ya, kita nak belajar info penting ni. Mama bukan menyalahkan kaum ibu/pengasuh  100% ya.. cuma 80 % jer..hehehe.. senyum sikit :) Semua ni khas untuk kesihatan baby kita kan. Menjadi ibu kita kena jangan pernah berhenti belajar tentang ilmu-ilmu baru.Betul tak?? 


 Cuba tengok gambar..mampukah kita lihat? Jadi tolong..ibu ambil perhatian..( mata masuk habuk :( tak sampai hati nak tengok.Tapi mama kena share..pasal mama sayang anak.

Makanya di sini  mama sarankan kalau boleh untuk bakal ibu atau para bakal bapa harus sama menuntut ilmu sebelum berumah tangga atau mempunyai cahaya mata. Nak kahwin kena penuh ilmu di dada tau..penting!!  Jangan dah kawin atau punyai anak baru nak belajar..hehehe.Tapi kalau tak sempat tak pe lah..asal lepas tu nak belajar. Bak kata orang Sarawak - "Better late than never ". kalau anak pertama kita tak tau,pastikan untuk anak kedua dah tau ilmu kan? hehehe

Baiklah kita sambung balik topik..cikgu mama memang begitu.selalu membebel sebelum mengajar.. hahaha. Mama share jenis menu2 yang seterusnya ya..dari 6 bulan ke atas.

Menu 4: puree keledek ungu.- kupas,potong,kukus dan kisar.

 Menu 5: Puree Zuchini + Peas : potong,keluarkan biji peas, kukus, kisar

Menu 6: Labu + jagung manis ( Jagung sesuai untuk anak umur 9 bulan ke atas )
labu boleh dari umur 6 bulan.
Method sama: kukus dan kisar.


Bila masa sesuai kalau nak bagi bubur dan nestum?? 
Mama bagi time umur dah masuk 10 bulan dan ke atas. Bagi perut matang sikit..walaupun baby dah boleh solid food, susu ibu harus diteruskan. bila umur makin meningkat kita tingkatkan pengambilan makanan kepada 2 kali sehari. Biasa mama bagi tengahari dan dinner ( 9 bulan ke atas ).kalau bawah umur tu mama bagi makanan 1 kali sehari dan selebihnya susu ibu yang mama telah sedia frozenkan ( sebab mak mentua yang jaga time kerja ). Tunggu mama sampai baru direct menyusu hehehe.  

Cara penyimpanan Makanan Baby:
1. kiubkan makanan /Simpan dalam bekas khas dan simpan dalam freezer untuk kegunaan lebih daripada seminggu .( khas utk ibu bekerjaya macam mama ).Jadi pengasuh tak perlu buat makanan. semua dah tersedia.cuma perlu cairkan saja menggunakan cara tradisonal ( guna air panas dlm mangkuk-kacau2 sampai cair ) atau guna baby food warmer .byk dijual sekarang.Jangan masak lagi ye makanan tu..kan abis nutrien dlm tu. 

Kalau disimpan di freezer atas ,makanan tu boleh tahan hingga 6 bulan.Cara ni sama seperti cara kita nak simpan stok susu ibu.Masa simpan makanan ni,Jangan campur dulu dengan susu ya. hanya bila nak hidangkan saja baru campur susu. Makanan campur susu -cepat rosak.enzim makanan dan zat dah lari.Kalau simpan makanan di bahagian chiller/ peti sejuk bawah- hanya tahan 2 hingga 3 hari saja.  

2. Labelkan makanan baby- nama makanan serta tarikh dibuat.Jadi kita hidang ikut makanan yang terdahulu. ikut giliran gitu.. faham buk? :)


 contoh cara nak simpan.Tak da kiub boleh juga guna bekas plastik biasa. ini lagi save bugdet.

 Ada budget-boleh beli yang ni..lupa lah berapa harga. ada dijual di mummycare,cityone kuching, Popples ,the spring  :)

 naa..cantikkan kiub ni. ni pun ada dijual..mummycare di city one, the popples ,the spring  atau di kedai baby di plaza merdeka kuching atau di serata malaysia. 

 yang ni baby kiub saiz 1 oz,2 oz,4,oz yang mama share semalam. ada dijual juga di popples the spring, kuching, semua rangkaian mummycare seluruh malaysia.

Haaa..amacam? boleh buat kan? mama percaya semua ibu boleh buat..utk anak tercinta. Kalau anak dah umur 12 bulan atau setaun ke atas dan bagi yang dah boleh makan family food..puree ini boleh ibu buat sebagai makanan sampingan mereka.Untuk snack petang..utk dessert anak. Kita nak terapkan anak terus minat makan buah dan sayur..Mama pun masih buat begini walau anak sulung  (Abg Yen ) dah cecah umur 7 tahun.Atas sebab dia jenis susah nak kunyah sayur atau buah. memilih sesangat. Kalau anak yang kedua mama ( Mandy )..no problemm minat buah dan sayur serta segala makanan yang dihidang..hehehe. Mama buat ala2 aiskrim..habis dimakan. Nutrien pun masuk..tak risau tak cukup vitamin..kesihatan maintain. 

Tapi kan kalau ada juga anak kita yang memang jenis anti sayur ni susah juga kan..ibu-ibu kena kreatif sikit le jadinya.Tak pun sekarang makin senang..banyak vitamin atau supplemen yang berkualiti dijual untuk menampung keperluan zat badan kita.Mama pun bagi yang ni.  Contohnya:

1. Mealshakes ( RM113.75 )-544gm perisa vanilla- untuk kanak2 setahun dan ke atas.

 Mealshake mama bagi kat Anak mama yg kedua-Mandy pasal umur baru setahun lebihBulan depan baru 2 tahun.Mealshakes adalah  multivitamin tapi jenis tepung. Mama campur dalam susu cik mandy sebab sekarang dah minum susu formula.


2. Vitalea For Children ( RM 111.00) -Untuk kanak2 4 tahun ke atas.

Omega + vitalea for kids ( ini mama bagi kat anak untuk jaga kesihatan mereka)ini untuk Abang Yen.

Vitalea tu adalah multivitamin- bulan mac ni tengah promo Beli 3 percuma 1.  Harga memang lebih murah dari biasa ( harga yang tertera tu harga biasa ).


Nota: Ingin dapatkan supplement untuk anak dari Shaklee? Ibu-ibu boleh Hubungi saya di talian berikut: -

Your trusted Independent distributor:
MAMA JANE  (ID 1068087)
SMS/Wassap/We Chat: 013-8246040
FB:Vanessa Jane
Page:Mama Mandy Health and Beauty Shop
Email: janechendang@gmail.com
COD area: Kuching,samarahan,samarindah,siburan,unimas
POS: ke seluruh Malaysia.




Thursday 5 March 2015

USUS BAYI PECAH KERANA SOLID FOOD??

Helo selamat pagi ..mama hari ni terdetik hati nak share tentang makanan sesuai untuk baby yang berumur sekitar 6 bulan hingga umur setahun ( 12 bulan ).Mama saja nak kongsi makanan yang sesuai yang kita boleh bagi serta kongsi menu makanan baby yang mama bagi kat anak-anak mama bila mereka dah mula makan makanan pejal ( solid food). Jadi info ini mungkin serba sedikit berguna kepada ibu- ibu baru atau kepada bakal-bakal ibu.. ye. Mama tak lah pandai sangat dalam bab ini, tapi mama suka baca dan buat research serta aplikasikan..serta di sini mama juga saja  nak berkongsi ye..yang baik kita ikutlah ye..yang tak sesuai tu..jangan ikut dan harap maafkan mama ye.kita Sharing is caring..dan kita sama2 belajar ok..:).


Acapkali kita dengar ,banyak kes tentang bayi yang sakit perut atau sembelit atau ada yang lebih parah masalah usus berlubang. Kenapa boleh terjadi macam tu? salah satunya adalah berpunca daripada makanan yang kita bagi kepada baby..makanan yang kurang sesuai untuk usus peringkat bayi. Bahaya tau!!!

Makanan pertama yang sesuai untuk baby yang baru mula makanan pejal ialah Buah-buahan atau sayur sayuran. sebab makanan ni senang dihadam oleh usus baby. Contoh buahan- Apple,Pisang,pear, Avocado,betik. Sayur pula- labu, bayam, Kentang, Zuchini, Brokoli,carrot. Untuk permulaan  kita syorkan bagi 1-2oz makanan pejal sehari campur bersama susu ibu/susu formula. kenapa sikit jer ye..?? sebab saiz perut baby kita ni kecil saja.jadi jangan paksa mereka untuk makan atau minum lebih. Ini boleh memudaratkan usus baby dalam jangka masa panjang. dan makanan seperti buah senang dihadamkan pada peringkat usus di usia baby 6 bulan.

 cuba tengok gambar ni.cuba bayangkan berapa besar saiz perut anak kita ..

Memanglah kan kalau ikut orang tua-tua..baby yg suka nangis tu lapar.kena bagi makan dah.even umur baru sebulan ke..dua bulan atau 3 ke 4 bulan.Cuba tengok saiz perut tu..bayi kerap lapar,sebab saiz perut kecil dan perlu disusukan sekerap yang mungkin dengan susu ibu ( cukup mengenyangkan dan penuh khasiat ) atau pun susu formula. Tapi nasihat mama , jangan bagi nestum,walaupun campur dalam susu atau bubur dalam umur bawah 6 bulan. Sebab benda ni boleh beri kesan kepada Usus bayi serta masalah sembelit atau masalah usus . Kesian baby tu. Kita ingat nak senang..boleh rehat.Mana ada rehat kalau nama dah bergelar ibu ni? Bak kata orang sarawak- If you ready to be a mother,you will never know about rest within 25 hours per day. Hehehehe..membebel dah mama. 

Oklah berbalik pada jenis menu makanan yang mama nak share..hehehe.Ini adalah antara makanan pertama yang mama bagi kepada anak mama bila mereka dah boleh mula makanan pejal. 

 Menu pertama: Buah avocado + pisang 
( yang ni senang -buka dan lenyekkan/blend )

Menu 2:  buah pear + buah pisang
( tak perlu masak-just blender bersama )

Menu ke 3:sayuran ( brokkoli + ubi kentang )
Ini kita kena kukus -lepas tu blend.

Tiga menu diatas tu mama perkenalkan terlebih dahulu langkah demi langkah ya.Bukan setiap hari bertukar-tukar.Tak macam tu. Nak perkenalkan makanan baby kena ambik masa.jangan bagi terlalu banyak jenis makanan dalam seminggu. Ikut step minggu 1 nak intro apa? contoh : bagi menu  avocado + pisang tu seminggu. Kenapa? sebab kita nak tengok penerimaan baby dan tindak balas makanan. Mungkin ada yang sesuai atau tak.Tahap alergik baby tak sama setiap baby ye.. Kita jangan syok sendiri,main bagi jer. Baby pula jadi mangsa..yer tak? Jika baby bertindakbalas atau alergik terhadap makanan,kita dapat kenalpasti ( detect), anak kita tak boleh makan makanan apa.so stop bagi. Biasanya peraturan nak kenalpasti baby alahan adalah dalam 3 hari makan makanan. Kalau selepas 3 hari,baby ok saje..itu bermakna anak kita boleh terima makanan tu.

Setiap makanan diatas Mama akan campur dengan susu ibu sebelum bagi baby makan. Khasiat bertambah, sebab bayi masih perlukan susu ibu. Kalau ibu yang tak ada susu ibu ( contohnya ibu angkat ), anda boleh masukkan susu formula ya..:)

Kalau ibu-ibu tengok jenis bekas yang mama guna untuk simpan makanan tu dalam freezer/fridge.Mama guna bekas yang bersaiz 1oz . senang nak kira jumlah makanan baby kita.keluarkan seketul,cairkan , campur susu dan bagi baby..senangkan? 

Haa.. mama beli bekas yang ini.Baby cubes..ada 3 saiz.1oz,1oz dan 4oz..
senang kita nak simpan makanan baby dalam peti sejuk.serta senang nak sediakan amaun makanan yang nak diberikan. Bekas ni ada dijual di kedai baby..seperti Mothercare, mummybaby atau mummycare. tak pun online sale pun ada.

Oklah cara penyimpanan makanan baby khasnya  untuk wanita bekerjaya atau surirumah serta menu makanan baby yang lain,  nanti mama kongsikan pada entry seterusnya nanti ye.. hehehe mama kena bersiap pegi sekolah ni..Jumpa lagi ya. semoga info yang mama kongsi ni sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Sebelum tu,lupa nak ucap..selamat datang ke dunia Ibu kepada bakal ibu serta kepada yang baru bergelar ibu. Tak lupa Tahniah kepada ibu-ibu yang telah selamat melahirkan anak ..dan selamat berpantang ya. Semoga Tuhan Memberkati semua ibu-ibu ya..Love all.Bye


Nota: Perlukan supplemen semasa Hamil atau berpantang?? Boleh hubungi mama juga :)

set pilihan yang ibu boleh rujuk:)

1.Set Hamil                                             
- ESP
-B Complex with folic asid
-Vitalea with Iron Formula
-Omega guard
-Ostematrix
-SR Vita C 

2. Set Berpantang
- ESP
-B Complex with folic asid
-Vitalea with Iron Formula
-Zinc Complex
-Ostematrix
-SR Vita C

3.Set Menyusu
- ESP
-Alfafa Complex 
-Vitalea with Iron Formula
-Omega guard
-Ostematrix
-SR Vita C

## Bulan Mac ni Promo ESP beli 6 percuma 1, Promo Zinc Complex dan Vitalea for Children  Beli 3 percuma 1 .Jum dapatkan peluang beli dengan harga lebih murah dari biasa..:) 

Nak info lebih lanjut tentang supplemen di atas, Hubungi mama ye. Mama pasti berikan servis yang terbaik untuk ibu-ibu, Boleh deal harga sesuai dengan bajet ibu-ibu, free konsultasi, free lebih banyak menu baby khas untuk customer eklusif mama.:)

Hubungi: 
Mama Jane 
0138246040 ( Watsapp/sms)
Your Trusted Shaklee Indepedent distributor (1068087)
Fb page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
Fb: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
Cod: Kuching,samarahan
Pos: ke seluruh Malaysia 




Wednesday 4 March 2015

JOM BUAT SOSEJ SENDIRI: LEBIH KHASIAT, ENAK, DIPERCAYAI DAN SELAMAT

Hai semuanya..mama kembali lagi..:) setelah beberapa hari ni tak sempat nak update blog kerana busy dengan kerja2 sekolah, result SPM pun baru dah keluar juga..pun busy konsultasi pelajar-pelajar mama. Haa baru hari ni dapat duduk dengan tenang untuk update resepi sihat utk keluarga kita ..:D

Oklah, seperti yang mama dah janji beberapa hari lepas, mama nak kongsi cara-cara nak buat homemade sausages @ Sosej buatan sendiri yang rasanya lebih enak, lebih banyak khasiat serta dipercayai dan selamat untuk dimakan seisi keluarga. Almaklumlah kan..banyak kita nampak dan lihat di media massa tentang keburukan makanan yang diproses yang dibeli di kedai tu..kepada kesihatan  kita. Contoh nya sosej,( tak semua lah yang tak baik hehehe-kan marah orang tuan punya company ).Ada juga produk yang baik dan selama dimakan , tapi kalau rasa was-was..baik kita buat sendiri .betul tak ? Sebab benda ini, benda yang kita makan.yang masuk dalam badan, mesti nak yang baik2,yang berkhasiat sebab badan kita ni lama kita nak pakai atau guna .Bukan ada spare part @ alat ganti badan  pun yang dijual hahahaha..:) jumm kita mula..hehehe membebel jer banyak..hihihi.

 Minggu ni mama buat sosej  cendawan bawang putih berkeju atau orang sarawak cakap ( Cheezy Garlic Musrhroom Homemade sausages )Hahahaha..ikut gaya perbualan cerita menantu Encik Ikan masin malam tadi.Asal nak cakap org putih mesti Encik ikan masin cakap..bak kata orang terengganu..hahahaha lawak cerita tu. Jom kita tengok bahan yang mama guna..:

Bahan-bahan:

500gm Daging /ayam- dikisar
8-7 ulas Bawang putih-dikisar( sbb mama buat perisa garlic-mama suka bwg ni..antibiotik semulajadi)
1 labu bawang besar-dikisar
1ketul halia-dikisar
1sudu makan tepung Ubi/ tepung gandum pun boleh-mama suka tepung ubi,bagi sosej melekat.
1 sudu makan tepung jagung
lada hitam -digilis atau serbuk kasar lada hitam
7 cendawan butang /cendawan shitake-mama guna cendawan butang sebab cendawan shitake dah abis.-potong /hiris nipis dadu.( nak masuk sayur lain pun boleh -carrot/bayam atau suka ati lah..)
2 keping keju mozarella -dipotong dadu
1 sudu kecil oregano/thyme -mama lebih suka bau oregano.
sedikit garam utk perisa.
Plastik ice cream/ aluminium foil/food wrapping plastic ( mama guna plastik ice cream hehehe).


Cara membuat:
1. Kisarkan semua bahan yang perlu dikisar-satukan.dah kisar tu tuang kat dalam daging yang dah dikisar.

2. masukkan serbuk lada hitam,oregano,tepung ubi,tepung jagung dan cendawan.Gaulkan agar sebati.

3.Masukkan terus keju.gaulkan.

4. dah siap gaul bahan-masukkan daging tu ke dalam plastik ice cream/ food wrapping plastic   dan ikat macam buat ice cream klasik tu..buat sampai abis. lepas tu simpan dalam freezer atas. Tunggu beku dan ada bentuk sosej kan..kita keluarkan -buka plastik dan kita kukus/celur. Jangan kukus bersama plastik tu tau...kan bahaya kimia plastik pula kena haba.hehehe..lepas tu dah boleh makan dah.nak goreng boleh,nak panggang pun boleh..



Haa gambar kat atas tu langkah-langkah  buat sosej :)

5. atau kalau kita nak buat terus nak makann..time tu jugak kan? Ahaa  jangan guna plastik ice cream-kita guna aluminium foil.kita masukkan daging dalam aluminium foil.gulungkan dan buat bentuk sosej..kita kukus terus. masak jer kita buka kita makan.yang ni tak payah masuk freezee.. ( kalau jenis tak sabar lah kan hahaha).tapi  mama sangat bersabar orangnya...sanggup tunggu..shape sosej  cantik.
gambar atas ni pula-mama kukus sosej.utk cairkan ais beku..dan buat separa masak.nanti senanglah nak goreng ke,nak panggang ke..itu terpulang.:)



 
Tadaaa.. ni pula sosej yang dah siap..ready utk dimakan..utk sarapan..hehehe.
sedap!!!( of course harus kena puji..sendiri :P)

dah siap pun .Mudah saja kan?? harap mak mak dapat buat lah ye utk keluarga tercinta.Mari kita..buat keluarga kita terutama suami jatuh cinta berjuta kali untuk kita hehehehe. Untuk anak pula,lepas ni memang confirm tak nak makan sosej yang dibeli diluar tu...power tak ibu masak ? hehehehe.

 Haa lagi satu, berita baik untuk mak2 bapak yang nak kurus juga ni. ambil sarapan berat macam kat atas ni..elok tau. nanti makan tengahari tak la terlebih makan. Baru lah diet yang betul..yer tak? selain tu kalau nak kurus sihat boleh lah amalkan supplement untuk bantu proses nak kurus sihat. Rujuk kat bawah:

Antara supplement bantu kuruskan badan dan kurangkan berat badan  dengan cara yang sihat:
1. ESP -Energizing Soy Protien-RM150.00 (850gm) / Cinch shakes (RM173.00 - 3 Perisa -Vanilla,Coffe latte,coklat)- kedua-dua ni adalah  sumber protien ( boleh mengenyangkan & pelihara otot serta menegangkan kulit walau dah kurus.

2.Lecithin-bakar lemak/menguraikan lemak supaya lebih senang dibuang melalui proses detoks-
RM 52.50(180 biji)

3.Herbalax-detox usus dan uruskan sembelit ,buang toksin dan kempiskan perut- RM 52.50( 120 biji)

4.Alfafa -detox darah,buang toksin.-RM 53.75 (Saiz S -330 Biji), RM97.50 ( Saiz L-770 Biji)

 Gambar atas ni adalah set kurus bajet ( lecithin + herbalax+Alfafa) .Kalau nak cepat kurus sihat boleh tambah ESP ( utk yang nak turunkan 5 kg ke atas )  /Cinch shakes.( untuk yg nak turunkan berat 10 kg ke atas )

Esp- sedang promo tau bulan mac 2015..ni.Beli 6 percuma 1.Nak jimat boleh kongsi beli set promo..Harga menjunam...hehe.


Kalau berminat boleh contact mama yer.. semuanya kita boleh deal ikut bajet mak/bapa.jangan bimbang..terbaikk servis utk mak bapak nanti.:)


Hubungi: 
Mama Jane 
0138246040 ( Watsapp/sms)
Your Trusted Shaklee Indepedent distributor (1068087)
Fb page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
Fb: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
Cod: Kuching,samarahan
Pos: ke seluruh Malaysia