Thursday, 5 March 2015

USUS BAYI PECAH KERANA SOLID FOOD??

Helo selamat pagi ..mama hari ni terdetik hati nak share tentang makanan sesuai untuk baby yang berumur sekitar 6 bulan hingga umur setahun ( 12 bulan ).Mama saja nak kongsi makanan yang sesuai yang kita boleh bagi serta kongsi menu makanan baby yang mama bagi kat anak-anak mama bila mereka dah mula makan makanan pejal ( solid food). Jadi info ini mungkin serba sedikit berguna kepada ibu- ibu baru atau kepada bakal-bakal ibu.. ye. Mama tak lah pandai sangat dalam bab ini, tapi mama suka baca dan buat research serta aplikasikan..serta di sini mama juga saja  nak berkongsi ye..yang baik kita ikutlah ye..yang tak sesuai tu..jangan ikut dan harap maafkan mama ye.kita Sharing is caring..dan kita sama2 belajar ok..:).


Acapkali kita dengar ,banyak kes tentang bayi yang sakit perut atau sembelit atau ada yang lebih parah masalah usus berlubang. Kenapa boleh terjadi macam tu? salah satunya adalah berpunca daripada makanan yang kita bagi kepada baby..makanan yang kurang sesuai untuk usus peringkat bayi. Bahaya tau!!!

Makanan pertama yang sesuai untuk baby yang baru mula makanan pejal ialah Buah-buahan atau sayur sayuran. sebab makanan ni senang dihadam oleh usus baby. Contoh buahan- Apple,Pisang,pear, Avocado,betik. Sayur pula- labu, bayam, Kentang, Zuchini, Brokoli,carrot. Untuk permulaan  kita syorkan bagi 1-2oz makanan pejal sehari campur bersama susu ibu/susu formula. kenapa sikit jer ye..?? sebab saiz perut baby kita ni kecil saja.jadi jangan paksa mereka untuk makan atau minum lebih. Ini boleh memudaratkan usus baby dalam jangka masa panjang. dan makanan seperti buah senang dihadamkan pada peringkat usus di usia baby 6 bulan.

 cuba tengok gambar ni.cuba bayangkan berapa besar saiz perut anak kita ..

Memanglah kan kalau ikut orang tua-tua..baby yg suka nangis tu lapar.kena bagi makan dah.even umur baru sebulan ke..dua bulan atau 3 ke 4 bulan.Cuba tengok saiz perut tu..bayi kerap lapar,sebab saiz perut kecil dan perlu disusukan sekerap yang mungkin dengan susu ibu ( cukup mengenyangkan dan penuh khasiat ) atau pun susu formula. Tapi nasihat mama , jangan bagi nestum,walaupun campur dalam susu atau bubur dalam umur bawah 6 bulan. Sebab benda ni boleh beri kesan kepada Usus bayi serta masalah sembelit atau masalah usus . Kesian baby tu. Kita ingat nak senang..boleh rehat.Mana ada rehat kalau nama dah bergelar ibu ni? Bak kata orang sarawak- If you ready to be a mother,you will never know about rest within 25 hours per day. Hehehehe..membebel dah mama. 

Oklah berbalik pada jenis menu makanan yang mama nak share..hehehe.Ini adalah antara makanan pertama yang mama bagi kepada anak mama bila mereka dah boleh mula makanan pejal. 

 Menu pertama: Buah avocado + pisang 
( yang ni senang -buka dan lenyekkan/blend )

Menu 2:  buah pear + buah pisang
( tak perlu masak-just blender bersama )

Menu ke 3:sayuran ( brokkoli + ubi kentang )
Ini kita kena kukus -lepas tu blend.

Tiga menu diatas tu mama perkenalkan terlebih dahulu langkah demi langkah ya.Bukan setiap hari bertukar-tukar.Tak macam tu. Nak perkenalkan makanan baby kena ambik masa.jangan bagi terlalu banyak jenis makanan dalam seminggu. Ikut step minggu 1 nak intro apa? contoh : bagi menu  avocado + pisang tu seminggu. Kenapa? sebab kita nak tengok penerimaan baby dan tindak balas makanan. Mungkin ada yang sesuai atau tak.Tahap alergik baby tak sama setiap baby ye.. Kita jangan syok sendiri,main bagi jer. Baby pula jadi mangsa..yer tak? Jika baby bertindakbalas atau alergik terhadap makanan,kita dapat kenalpasti ( detect), anak kita tak boleh makan makanan apa.so stop bagi. Biasanya peraturan nak kenalpasti baby alahan adalah dalam 3 hari makan makanan. Kalau selepas 3 hari,baby ok saje..itu bermakna anak kita boleh terima makanan tu.

Setiap makanan diatas Mama akan campur dengan susu ibu sebelum bagi baby makan. Khasiat bertambah, sebab bayi masih perlukan susu ibu. Kalau ibu yang tak ada susu ibu ( contohnya ibu angkat ), anda boleh masukkan susu formula ya..:)

Kalau ibu-ibu tengok jenis bekas yang mama guna untuk simpan makanan tu dalam freezer/fridge.Mama guna bekas yang bersaiz 1oz . senang nak kira jumlah makanan baby kita.keluarkan seketul,cairkan , campur susu dan bagi baby..senangkan? 

Haa.. mama beli bekas yang ini.Baby cubes..ada 3 saiz.1oz,1oz dan 4oz..
senang kita nak simpan makanan baby dalam peti sejuk.serta senang nak sediakan amaun makanan yang nak diberikan. Bekas ni ada dijual di kedai baby..seperti Mothercare, mummybaby atau mummycare. tak pun online sale pun ada.

Oklah cara penyimpanan makanan baby khasnya  untuk wanita bekerjaya atau surirumah serta menu makanan baby yang lain,  nanti mama kongsikan pada entry seterusnya nanti ye.. hehehe mama kena bersiap pegi sekolah ni..Jumpa lagi ya. semoga info yang mama kongsi ni sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Sebelum tu,lupa nak ucap..selamat datang ke dunia Ibu kepada bakal ibu serta kepada yang baru bergelar ibu. Tak lupa Tahniah kepada ibu-ibu yang telah selamat melahirkan anak ..dan selamat berpantang ya. Semoga Tuhan Memberkati semua ibu-ibu ya..Love all.Bye


Nota: Perlukan supplemen semasa Hamil atau berpantang?? Boleh hubungi mama juga :)

set pilihan yang ibu boleh rujuk:)

1.Set Hamil                                             
- ESP
-B Complex with folic asid
-Vitalea with Iron Formula
-Omega guard
-Ostematrix
-SR Vita C 

2. Set Berpantang
- ESP
-B Complex with folic asid
-Vitalea with Iron Formula
-Zinc Complex
-Ostematrix
-SR Vita C

3.Set Menyusu
- ESP
-Alfafa Complex 
-Vitalea with Iron Formula
-Omega guard
-Ostematrix
-SR Vita C

## Bulan Mac ni Promo ESP beli 6 percuma 1, Promo Zinc Complex dan Vitalea for Children  Beli 3 percuma 1 .Jum dapatkan peluang beli dengan harga lebih murah dari biasa..:) 

Nak info lebih lanjut tentang supplemen di atas, Hubungi mama ye. Mama pasti berikan servis yang terbaik untuk ibu-ibu, Boleh deal harga sesuai dengan bajet ibu-ibu, free konsultasi, free lebih banyak menu baby khas untuk customer eklusif mama.:)

Hubungi: 
Mama Jane 
0138246040 ( Watsapp/sms)
Your Trusted Shaklee Indepedent distributor (1068087)
Fb page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
Fb: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
Cod: Kuching,samarahan
Pos: ke seluruh Malaysia 




No comments:

Post a Comment