Friday, 6 March 2015

USUS BABY PECAH KERANA SOLID FOOD: SALAH SIAPA?

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua. semoga mempunyai hari yang berbahagia ... hari ini awal mama bersiaran di blog hehehe. Mama dah siap ni nak pegi ke SCAT FAIR di BCCK (Borneo Convention Centre,Kuching) untuk mengiringi pelajar mama untuk lawatan dan dapatkan info berguna mengenai kerjaya di sana..Tapi sebelum tu sempat nak update dulu info sihat untuk ibu-ibu sekelian..Demi cinta mama..hehehe <3 :)

Oklah ..sambungan entry semalam tentang mengapa terjadi banyak kes usus bayi bermasalah yg berlaku dan dipaparkan di dada akhbar atau di media sosial..Punca -Makanan serta kecuaian Ibu atau pengasuh yang kurang mempunyai pengetahuan tentang pemakanan sesuai untuk makanan pertama bayi. Ibu-ibu jangan marah ya, kita nak belajar info penting ni. Mama bukan menyalahkan kaum ibu/pengasuh  100% ya.. cuma 80 % jer..hehehe.. senyum sikit :) Semua ni khas untuk kesihatan baby kita kan. Menjadi ibu kita kena jangan pernah berhenti belajar tentang ilmu-ilmu baru.Betul tak?? 


 Cuba tengok gambar..mampukah kita lihat? Jadi tolong..ibu ambil perhatian..( mata masuk habuk :( tak sampai hati nak tengok.Tapi mama kena share..pasal mama sayang anak.

Makanya di sini  mama sarankan kalau boleh untuk bakal ibu atau para bakal bapa harus sama menuntut ilmu sebelum berumah tangga atau mempunyai cahaya mata. Nak kahwin kena penuh ilmu di dada tau..penting!!  Jangan dah kawin atau punyai anak baru nak belajar..hehehe.Tapi kalau tak sempat tak pe lah..asal lepas tu nak belajar. Bak kata orang Sarawak - "Better late than never ". kalau anak pertama kita tak tau,pastikan untuk anak kedua dah tau ilmu kan? hehehe

Baiklah kita sambung balik topik..cikgu mama memang begitu.selalu membebel sebelum mengajar.. hahaha. Mama share jenis menu2 yang seterusnya ya..dari 6 bulan ke atas.

Menu 4: puree keledek ungu.- kupas,potong,kukus dan kisar.

 Menu 5: Puree Zuchini + Peas : potong,keluarkan biji peas, kukus, kisar

Menu 6: Labu + jagung manis ( Jagung sesuai untuk anak umur 9 bulan ke atas )
labu boleh dari umur 6 bulan.
Method sama: kukus dan kisar.


Bila masa sesuai kalau nak bagi bubur dan nestum?? 
Mama bagi time umur dah masuk 10 bulan dan ke atas. Bagi perut matang sikit..walaupun baby dah boleh solid food, susu ibu harus diteruskan. bila umur makin meningkat kita tingkatkan pengambilan makanan kepada 2 kali sehari. Biasa mama bagi tengahari dan dinner ( 9 bulan ke atas ).kalau bawah umur tu mama bagi makanan 1 kali sehari dan selebihnya susu ibu yang mama telah sedia frozenkan ( sebab mak mentua yang jaga time kerja ). Tunggu mama sampai baru direct menyusu hehehe.  

Cara penyimpanan Makanan Baby:
1. kiubkan makanan /Simpan dalam bekas khas dan simpan dalam freezer untuk kegunaan lebih daripada seminggu .( khas utk ibu bekerjaya macam mama ).Jadi pengasuh tak perlu buat makanan. semua dah tersedia.cuma perlu cairkan saja menggunakan cara tradisonal ( guna air panas dlm mangkuk-kacau2 sampai cair ) atau guna baby food warmer .byk dijual sekarang.Jangan masak lagi ye makanan tu..kan abis nutrien dlm tu. 

Kalau disimpan di freezer atas ,makanan tu boleh tahan hingga 6 bulan.Cara ni sama seperti cara kita nak simpan stok susu ibu.Masa simpan makanan ni,Jangan campur dulu dengan susu ya. hanya bila nak hidangkan saja baru campur susu. Makanan campur susu -cepat rosak.enzim makanan dan zat dah lari.Kalau simpan makanan di bahagian chiller/ peti sejuk bawah- hanya tahan 2 hingga 3 hari saja.  

2. Labelkan makanan baby- nama makanan serta tarikh dibuat.Jadi kita hidang ikut makanan yang terdahulu. ikut giliran gitu.. faham buk? :)


 contoh cara nak simpan.Tak da kiub boleh juga guna bekas plastik biasa. ini lagi save bugdet.

 Ada budget-boleh beli yang ni..lupa lah berapa harga. ada dijual di mummycare,cityone kuching, Popples ,the spring  :)

 naa..cantikkan kiub ni. ni pun ada dijual..mummycare di city one, the popples ,the spring  atau di kedai baby di plaza merdeka kuching atau di serata malaysia. 

 yang ni baby kiub saiz 1 oz,2 oz,4,oz yang mama share semalam. ada dijual juga di popples the spring, kuching, semua rangkaian mummycare seluruh malaysia.

Haaa..amacam? boleh buat kan? mama percaya semua ibu boleh buat..utk anak tercinta. Kalau anak dah umur 12 bulan atau setaun ke atas dan bagi yang dah boleh makan family food..puree ini boleh ibu buat sebagai makanan sampingan mereka.Untuk snack petang..utk dessert anak. Kita nak terapkan anak terus minat makan buah dan sayur..Mama pun masih buat begini walau anak sulung  (Abg Yen ) dah cecah umur 7 tahun.Atas sebab dia jenis susah nak kunyah sayur atau buah. memilih sesangat. Kalau anak yang kedua mama ( Mandy )..no problemm minat buah dan sayur serta segala makanan yang dihidang..hehehe. Mama buat ala2 aiskrim..habis dimakan. Nutrien pun masuk..tak risau tak cukup vitamin..kesihatan maintain. 

Tapi kan kalau ada juga anak kita yang memang jenis anti sayur ni susah juga kan..ibu-ibu kena kreatif sikit le jadinya.Tak pun sekarang makin senang..banyak vitamin atau supplemen yang berkualiti dijual untuk menampung keperluan zat badan kita.Mama pun bagi yang ni.  Contohnya:

1. Mealshakes ( RM113.75 )-544gm perisa vanilla- untuk kanak2 setahun dan ke atas.

 Mealshake mama bagi kat Anak mama yg kedua-Mandy pasal umur baru setahun lebihBulan depan baru 2 tahun.Mealshakes adalah  multivitamin tapi jenis tepung. Mama campur dalam susu cik mandy sebab sekarang dah minum susu formula.


2. Vitalea For Children ( RM 111.00) -Untuk kanak2 4 tahun ke atas.

Omega + vitalea for kids ( ini mama bagi kat anak untuk jaga kesihatan mereka)ini untuk Abang Yen.

Vitalea tu adalah multivitamin- bulan mac ni tengah promo Beli 3 percuma 1.  Harga memang lebih murah dari biasa ( harga yang tertera tu harga biasa ).


Nota: Ingin dapatkan supplement untuk anak dari Shaklee? Ibu-ibu boleh Hubungi saya di talian berikut: -

Your trusted Independent distributor:
MAMA JANE  (ID 1068087)
SMS/Wassap/We Chat: 013-8246040
FB:Vanessa Jane
Page:Mama Mandy Health and Beauty Shop
Email: janechendang@gmail.com
COD area: Kuching,samarahan,samarindah,siburan,unimas
POS: ke seluruh Malaysia.




No comments:

Post a Comment