Monday 25 August 2014

RESEPI DRAGON FRUIT CUP CAKE

Resepi cup kek buah naga:) sedap tak rupanya...

Masa hujung minggu memang saya manfaatkan bersama keluarga dan anak-anak. Kalau boleh reject aktiviti kerja waktu hujung minggu,sebab tu jer masa bersama keluarga hehe..Tambah pulak dua ari tu hujan lebatmya..lepas balik dari gereja hanya melepak dalam rumah je laa  sambil tonton movie kesukaan abang yen dan Mandy.Jadi mama yang kebosanan buat Cup cake kesukaan Abang Yen dan Mandy hehehe..boleh buat makan-makan waktu menonton.semestinya resepi sihat untuk mereka Resepi cup cake Buah naga. Buah naga ni banyak khasiat untuk kita  terutamanya untuk kesihatan dan kecantikan.Sebab tu harga buah naga di pasaran Mahal. Sampai sebiji boleh cecah RM7-8 sebiji tu. Kami antara yang beruntung la sedikit diberkati dengan buah naga yang banyak..hehe.Antara Khasiat Buah Naga  ialah:
  • Menurunkan kolestrol ( vitamin B3 )
  • Turunkan Tekanan Darah Tinggi
  • Rawatan alternatif kanser
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Meneutralkan toksik dalam darah
  • mengurangkan tekanan emosi
  • kesihatan jantung
  • tinggi serat-baik utk Kawal kencing manis ,kawal diet
  • kesihatan mata 
  • menguatkan daya ingatan
  • mempunyai sumber vitamin c utk Kecantikan kulit
  • mengadungi zat besi utk tambah darah
  • mengandungi vitamin B1 untuk mengawal kepanasan badan.
  • mengandungi vitamin B2-menambah selera makan
  • mengandungi kalsium utk menguatkan tulang
  • mengandungi fosforus-untuk pertumbuhan tisu-tisu badan

Haa banyaknya khasiat..Kebetulan di rumah  ada beberapa biji buah naga @Dragon fruit yang bapa mentua bagi hari tu. .Bapa mentua tanam di kebun untuk makan sekeluarga dan untuk dijual pun ada. .Kami sampai jemu dah makan buah naga ni hahaha pasal terlalu banyak dan buahnya lebat.dah macam-macam gaya dan cara makan buah naga ni..;) buat jus dah, makan macam tu aje pun dah,buat fruit satay ngan mango dips..dan pelbagai gaya. Haa kali ni dapat idea nak buat cup cake pulak..hehehe,,ok Jum tengok resepinya. sihat ...nanti cerita tak abis2.


DRAGON FRUIT CUP CAKE
Bahan-Bahan: ( untuk 12 biji cup cake )
 1  biji Buah naga ( Dragon fruit)- dipotong dadu/dilenyek
115g gula caster( saya cut jumlah gula ni kpd 50g pasal jaga diet abg yen yg comel tu)
2 biji telur
75g butter
125g tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanila
secubit garam


CARA MEMBUATNYA:
Senang jer..
1. Panaskan oven 185'c selama 15 minit

2. pukul telur ngan gula sampai lembut fluppy..then tambah butter.gaul sampai mesra/rata.
3.kemudian masuk esen vanilla.Gaulkan

4. masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.gaulkan sampai rata.

5.Last, masukkan buah naga yg sudah dipotong dadu/dilenyek. gaulkan sehingga adunan rata.


6. sediakan kertas cupcake dan tin pembakar.Scoopkan adunan ke dalam kertas cup kek tersebut.Saya simpan 1/2 dalam cawan kertas tu,pasal nanti bila sedang dibakar adunan tu nanti boleh naik.kalau letak penuh cawan nanti boleh melimpah cawan cup cake tu..hee..

7.Bakar sehingga masak selama 20-25 minit.

 tengok..dah naik kembang.selepas 20 minit.check ngan cake tester..dah masak belum..

8.Sejuk dan dan boleh dihias guna icing then hidang. saya tak hiaskan..haha control diet anak.:)

 sejukkan dulu..

Dah boleh makan daaa..

SELAMAT MENCUBA!! Jika dah cuba jangan lupa share ngan saya tentang resepi yang anda dah buat tu..

Mama Jane

Thursday 21 August 2014

MOMEN PERKENALAN DENGAN SHAKLEE: MELALUI SET KESUBURAN SHAKLEE..


Anak atau zuriat, adalah keinginan suami isteri bila berkahwin. Tapi bila sudah beberapa tahun kahwin, Tuhan duga masih belum diberi zuriat. Masih ada jalan. Bukan 'dead end' atau jalan mati. Set Kesuburan Shaklee adalah salah satu ikhtiar serta diiringi doa. Masih ingat lagi bila saya dan suami telah mencuba bermacam-macam cara untuk hamil anak yang kedua ( Mandy ). Tambah pula terpaksa menahan mendengar suara-suara sumbang di tepi kiri ,kanan,depan belakang..asyik tanya benda yang sama je..'Bila nak ada nak ke 2? , aihh jangan jarak panjang sangat kalau beranak tu..bla bla...umur masih muda jangan takut nak beranak dikkk...akak dulu dapat sorang beranak lagi dan beranak lagi..sekarang senang dah..amboiii sakit telinga, geram ada,marah ada..mereka ingat nak buat anak ni macam kita nak pegi beli roti ker? hanya Tuhan je yang tau..itu rezeki Tuhan. Mungkin rezeki dia beranak berturut taun..mereka asyik bertanya tanpa fikir perasaan orang. Apa masalah mereka? sakit kah dia? dan banyak lagi kena fikir sebelum tanya ye...( mesti korang pernah alami pekara macam ni? kan atau mungkin akan ada yg begini.. apa kena buat-SABAR.

Sebenarnya saya sangat suka budak2.kalau boleh nak beranak setahun sekali kot..Rezeki apa nak buat. Saya diuji dan diduga dengan adanya cyst dalam rahim..itu adalah faktor utama mengapa kandungan susah nak jadi atau lekat. tambahan cara pemakanan  yang tak berapa nak sihat..( Menyesal sungguh ) sebab tak jaga kesihatan dengan baik..dah kena baru tau. Saya dinasihatkan utk rawati cyst yang saya hidapi sebelum rancang utk hamil serta diharuskan untuk makan makan yang sihat.Syukur cyst tersebut berjaya dihancurkan dengan cara pills.( makan ubat jer ) tak sampai kena bedah..masih ditahap boleh dirawat.Tapi kesannya amat beri impak yang besar kepada diri saya..sukar hamil.

Sampai akhirnya saya mencuba set Kesuburan shaklee..saya kata ini peluang yang terakhir.Kalau lepas ni tak hamil juga tak tau lah..mungkin hanya berserah sahaja. Saya tak cerita atau cakap ngan orang lain walau dengan keluarga sendiri kecuali ngan adik saya saja tentang saya ambil supplemen shaklee ni. sebab saya takut tak jadi.Malu lah pula..nanti orang tanya macam-macam pula.Bertambah stress nanti kan..

selepas lebih kurang 6 bulan lebih amalkan set ini..sambil doa sambil jaga makanan serta diet termasuk utk suami saya..akhirnya saya telah berjaya hamil!!! Memang menangis gembira waktu tu.
 Bersyukur sangat
 ngan Anugerah Tuhan yang ke 2 ni...Terima kasih Tuhan..Terima kasih Shaklee..Apa yang best lagi.. saya hamil dengan mengamalkan set kehamilan shaklee dan juga berpantang juga dengan set berpantang shaklee dan set menyusu shaklee... All ABOUT SHAKLEE..akhirnya saya menjadi ahli..di bawah adik sendiri..

  • Mengapa Set Kesuburan Shaklee??
-Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
-Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
-Meningkatkan kiraan sperma.
Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
-Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
-Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
-Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.

  • Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?
-Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membuang cyst/fibroid atau lain-lain.
-Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"

Jom kita lihat bagaimana setiap satu multivitamin dan multimineral Shaklee membantu tingkatkan kesuburan:

*Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).

*Vita C
Memiliki tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

*Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

*Vita E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

*GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.

*Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Tuhan maha mengerti.





*** saya sendiri telah berjaya mendapatkan zuriat kedua kerana ikhtiar guna shaklee serta banyak berdoa.

Set Kesuburan Shaklee: 5x Cepat Hamil!

Anda Inginkan cahaya mata????? hubungi saya untuk cara pemakanna supplemen yang betul.
 
Pm me utk order dan dptkan konsultasi percuma/ maklumat lanjut.
0138246040
Jane chendang@ Mama Mandy

shaklee independent distributor: 1068087
email: janechendang@gmail.com

Resepi Purple Carrot muffin

Hai semua , hari ini saya nak berkongsi satu resepi yang sihat untuk anak anda atau untuk anda sekeluarga pun boleh.Resepi Purple Carrot Muffin. Resepi ini saya dapat dari laman web semasa saya sedang mengkaji tentang kandungan VIVIX SHAKLEE. Sangat intresting bila terjumpa pasal Purple Carrot ni..:) Purple Carrot adalah salah satu kandungan dalam Vivix Shaklee. Kenapa Vivix sangat mahal??? rupanya kandungan banyak bahan yang sukar dijumpai atau didapati.Dan khasiatnya pun sangat tinggi.Antara khasiat purple carrot iaitu Anti radang,anti cancer, tinggi antioksida, untuk detoks hati dan baik utk kesihatan jantung..wah.itu baru satu bahan saja..belum lagi 3 bahan yang lain iatu Muscadine Grape,Polygonum Cuspidatum dan European Elderberry ( Kandungan Vivix Shaklee). VIVIX SHAKLEE- supplemen digunakan utk bantu merawat pesakit darah tinggi,diabetes,kanser,jantung,untuk kesihatan menyeluruh,serta untuk kecantikan dan  Awet Muda. So oleh kerana vivix sangat mahal serta ramai mungkin tak mampu nak beli anda boleh guna inisiatif lain untuk dapatkan sedikit  khasiat vivix iaitu melalui PURPLE CARROT.:) Saya ada ubah sikit bahan digunakan untuk buat resepi ini sesuai dengan bahan yang ada dlm dapur saya..hehehe.

RESEPI PURPLE CARROT MUFFIN ( ikut gaya saya )
Bahan2:
1 1/4 gelas tepung naik sendiri
1/2 gelas brown sugar ( gula perang )
3/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
3/4 sudu teh serbuk kayu manis ( ground cinnamon)
1/4 serbuk halia ( kalau tak ada boleh guna halia asli kita tu-tumbuk lumat ) 
1/4 sudu teh garam biasa ( kat dapur yg kita pakai masak tu )
1 biji telur
1/3 gelas minyak kelapa ( saya guna olive oil je )
1/2 susu segar ( kalau tak ada-susu sejat pun boleh )
1/2 sudu teh esen vanilla
3/4 gelas purple carrot ( yang telah diparut )
Bahan tambahan: ( kalau nak je)
coklat chips
kelapa parut kering( ada jual dlm paket )
walnuts/almond cincang
raisin.

Resepi sebenar sumber:google ( www.vanillyn.com ) ( saya ada ubah ikut bahan yang senang dicari )

CARA-CARA MEMBUAT: 
1. Panaskan oven pada 180'c
2. ayak dan campurkan bahan tepung,baking powder,baking soda,serbuk kayu manis,serbuk halia, gula perang dan garam bersama. gaulkan bersama.
3. dalam mangkuk yang lain-pukul telur,minyak kelapa/olive oil,susu dan esen  vanilla sehingga sebati.

Campurkan semua  bahan  utk langkah 2.

sumber : vanillyn .com ( saya tak sempat tangkap gambar yang ini hehe ).
 
4. campurkan bahan adunan langkah 3 ke dalam adunan  bahan langkah 2 bersama.gaulkan sebati.

 purple carrot yang dah diparut 

5. Masukkan purple carrot yang dah diparut tadi, walnut,kelapa kering,coklat cip dan raisin dlm adunan tersebut.Gaulkan sebati.

6. siapkan kertas acuan muffin dalam tray muffin.cedok adunan lebih kurang  separuh acuan.Jangan simpan penuh ..nanti melimpah dlm oven.
7.Bakar lebih kurang 20-25 minit. check pakai lidi atau cake tester..kalau dah tak melekat maknanya muffin dah masak...


                             Rupa puprle carrot muffin yang saya buat waktu bithday abang yen :)
                 waktu tu saya buat 3 jenis muffin- Coklat muffin,lemon muffin dan purple carrot muffin.

Abang yen birthday party yg ke -6

saya minta maaf ye sebab tak banyak gambar yang saya ambil semasa buat muffin ni .Hanya sempat ambik beberapa saja. Mama sedang busy kan masak utk birthday abang yen lagi time tu.Memang  Jadi supermama masa tu. sementara tunggu pansuh ayam tu saya buat muffin ni utk dinner malam. lain kali saya ambik gambar banyak ye..ikut step by step ya.:) thank you all..semoga bermanfaat..jangan lupa try tau.kalau dah try bagi komen kat sini ya..kita share...pengalaman buat ni .
sharing is caring...;)

Mama Mandy@yen.


Wednesday 20 August 2014

KURUS DENGAN LECITHIN

Ramai wanita serta ibu ibu mengidamkan bentuk badan yang menarik seperti zaman anak dara atau seperti selebriti dalam tv atau filem..jika anda mahu pasti boleh tercapai. Tekad dan berhasrat membawa kejayaan.

Di sini saya syorkan cara semulajadi dengan set kurus shaklee. Produk ini membantu wanita@ para ibu dengan cara yang sihat dan tanpa menyakitkan. Set kurus shaklee bertindak dengan tiga cara iaitu:

1. Bakar ( lecithin / herbalax )
2. Buang ( herbalax/ Alfafa )
3. Bina ( Energizing soy protien/ cinch shakes)

Senangkan???  Dan harga juga berbaloi serta jimat.

Konsep bakar

1.Apakah Lecithin?

    • Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi)
    • Ia membantu badan menyerap nutrien larut leemak seperti vitamin A,D,E,K, Beta Caretone.
    • Boleh didapati dari tisu binantang dan tumbuhan (plant).
    • Untuk commercial purpose ianya didapati dari telor, jagung dan kacang soya.
    • Sebagai Fat Emulsifier – Metabolisma Lemak.
Apakah Kandungan Lecitihn?
    • Di dalam lecithin mengandungi Asid linoleik (essntial fatty acid) – amat perlu oleh badan. Namun ianya tidak boleh dijanakan dari badan, ia perlu diambil melalui diet harian.
    • Kolin iaitu satu komponen neurotransmitter.
    • Asetikolina iaitu bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
Apakah khasiat lecithin?
    1. SANGAT PENTING untuk proses metabolisme, kolestrol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
    1. Lecitihin memecah lemak dan mencairkan lemak terutama kolestrol.
    1. Lecithin menurunkan / mengurangkan total serum kolestrol dan menaikkan kolestrol baik (HDL)
    1. Membantu mengawal paras triglycerides.
    1. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah.
  1. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.
Kepentingan Lecithin Untuk Fungsi Otak
    • Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan , konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan,bercakap, tidur, penghadaman dsb.
    • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yg terlibat dlm penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yg betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi ini akan tergugat. Acethylcholine dihasiilkan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine kerana 30% otak adalah lecithin, dan 
  • 70% lemak hati (liver) adalah lecitihin.
  • Siapa yg harus menggunakan lecithin?
  • Untuk mereka yg ingin menurunkan berat badan
  • Sangat sesuai bagi mereka yg ingin menurunkan berat badan.
  • Untuk warga emas
      • lecitihn amat diperlukan bagi mereka yg uzur oleh sebab angina, stroke (angin ahmar) dan sakit2 yg biasa dialami oleh orang tua.
    • mengurangkan berlakunya masalah pembuluh tersendat yg menyebabkan punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
    Untuk penghadaman
    • lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimin yg dipanggil bile daripada kolestrol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.
    Untuk sel
      • lecithin pen ting untuk mengangkut, menghantar bahan2 lemak dari makanan ke sel2.
    • choline dan lecithin menguatkan selaput sel2 neuron dan semua sel2 tubuh badan kita.
    Untuk kesihatan kadiovaskular (sistem jantung)
      • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “fat emulsifier” di mana ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
    • Ia amat mujarab sekiranya di ambil bersama2 omega dan fiber.
Untuk warga emas
    • lecitihn amat diperlukan bagi mereka yg uzur oleh sebab angina, stroke (angin ahmar) dan sakit2 yg biasa dialami oleh orang tua.
  • mengurangkan berlakunya masalah pembuluh tersendat yg menyebabkan punca darah tinggi, 
  • sengal sendi, sejuk kaki dsb.
Untuk penghadaman
  • lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimin yg dipanggil bile daripada kolestrol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.
Untuk sel
    • lecithin pen ting untuk mengangkut, menghantar bahan2 lemak dari makanan ke sel2.
  • choline dan lecithin menguatkan selaput sel2 neuron dan semua sel2 tubuh badan kita.
  • Untuk kesihatan kadiovaskular (sistem jantung)
    • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “fat emulsifier” di mana ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
  • Ia amat mujarab sekiranya di ambil bersama2 omega dan fiber.
Mengapa Lecithin dari Shaklee adalah terbaik?
Lecithin Shaklee adalah diperbuat dari kacang soya. Ini kerana mengikut kajian lecithin dari soya bean berkesan memecahkan deposit kolestrol berbanding dari lecithin dari telor. ianya tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pewarna. Dan lecitihn Shaklee kepekatannya bersamaan 520mg lecitihn per kapsul.

Sekiranya anda mempunyai masalah berat badan anda boleh mengamalkan LECITHIN serta juga boleh mengawal pemakanan dan memecahkan lemak lemak degil.selain tu jangan lupa disertakan dengan senaman utk membantu proses penurunan berat badan lebih cepat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang produk ini boleh emelkan kpd saya janechendang@gmail.com atau hubungi saya di talian 0138246040. Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMAjadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

set kurus shaklee
* set bajet 1- alfafa / lecithin
   set bajet 2- herbalax + omega
    set bajet 3- alfafa + omega
   set bajet 4 - herbalax + lecithin
* set lengkap- alfafa /herbalax + lecihin/omega + Esp /Cinch shakes
set kurus lengkap


Tuesday 19 August 2014

Ada apa tentang saya dan Shaklee

Hai ..saya Jane Chendang,ibu kepada dua anak Yen (6 tahun )dan Mandy (1 tahun 4 bulan). Berasal dari song sarawak dan kini menetap di Kuching Sarawak . Blog ini saya dedikasikan kepada semua pembaca yang suka tentang kesihatan dan kecantikan , Makanan sihat, cara Gaya hidup sihat, tentang kecantikan dan ingin tau tentang resepi sihat yang bakal saya kongsi kan kepada semua. Semua tentang sihat ini inspirasi daripada kedua anak saya.Betapa menjaga kesihatan itu adalah amat wajib dan penting Demi orang yang kita sayang. Dan pastinya juga entri blog ini  juga bercerita dan berkongsikan  tentang produk kesihatan Shaklee yang sememangnya banyak mengubah persepsi saya tentang kesihatan secara semulajadi. Saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda!!! 😘
Jika anda dan keluarga anda sememangnya mementingkan kesihatan dan kecantikan semulajadi , serta berminat nak tau lebih lanjut tentang produk kesihatan dan kecantikan SHAKLEE .. Jangan segan atau malu untuk berkongsi pendapat dan komen anda dalam blog saya ini Atau hubungi  saya .Sharing is caring..thank you.😊.

Jane Chendang@ mama mandy
No.id:1068087
No.tel:0138246040