Hari ini saja mama nak kongsi Tentang Resepi Pizza.Kalau diimbas kembali masa, Last mama buat pizza ialah tahun lepas..hahaha.Macam lama jer bunyinya..hehe. Malam Tadi mama sempat buat lagi untuk Bekal Abang Yen ke sekolah pagi ini. Biasalah kan, anak mama yang sulung ni 'taste' dia memang agak 'western' sikit dan banyak cerewetnya. Berbanding adik Mandy, bagi apa saja memang telan semua asal sedap..hahahaha.
Nak diceritakan malam tadi,semasa nak pegi rumah babeh untuk hantar adik Mandy pulang adalah kami sekeluarga lalu @Limpas kedai Pizza Hut..wahh abang yen cakap nak makan pizza. Mama bagitau sekarang tak boleh sebab mama tak cukup kewangan untuk duduk makan pizza tu.Mahal nya..kalau sekali duduk memang Sah RM100+ Melayang kan... boleh duduk 5-10 kali makan nasi hidang biasa. Bulan masih panjang lagi ni..kena ingatkan anak-anak juga supaya faham erti BERJIMAT ni. Kalau duduk dalam tu bukan nak makan pizza je,banyak benda lain yang nak diorder nanti..Jadi mama janji balik rumah nanti mama buat untuk abang.Lebih jimat kos,lebih sedap (hehehe), dan lebih sihat..Abang yen pun angguk tanda faham..( syukur dia faham).
Jadi balik rumah, mama cek bahan2..syukur semua masih ada.dan ada juga sayur yang kebetulan ada hehehe..macam cili bengala. ahh boleh lah.. Sempat suruh abang yen pegi tidur dulu..:D. Jadi projek pizza on semula..:)
Bahan-Bahan Doh Pizza:
2 Cawan tepung roti/gandum ( mama guna gandum je).
1 sudu kecil instants yis
1/4 sudu kecil softening
1 sudu besar minyak masak/minyak jagung ( mama guna minyak jagung )
165ml air
1 sudu teh garam
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil gula ( mama guna gula halus senang sikit ).
Cara membuat doh:
- satukan semua bahan kecuali minyak dan air.
- tuang air sedikit demi sedikit semasa menguli hingga habis
- masukkan minyak masak. uli lagi sampai doh nampak sebati dan licin. kalau tak larat bolehlah guna mixer..
- sapukan minyak dalam mangkuk yang besar. masukkan doh yg telah siap di uli tadi
- tutup dgn kain bersih yg lembap. perap 40 min. bergantung pada suhu bilik hingga doh mengembang 2 kali ganda
- tumbuk doh utk keluarkan angin, bolehlah di gelek bentuk bulat dengan ketebalan 1 inch
- perap lagi 30min sampai nampak doh mengembang sedikit
- panaskan oven pada suhu 160 C
- bakar doh pizza yg dah di cucuk dgn garpu selama 25min.
Gambar diatas ni cara buat doh
Topping Pizza:
1. Tomato paste
2.Bawang besar
3.Nanas kiub ( dlm tin )- ekspress punya pasal:)
4.Daging cincang
5.Mozarella Cheese
6.Cili benggala-merah,kuning,hijau.
7.Jagung ( dalam tin ).
8.Mushroom button ( dlm tin)
Cara berikut untuk topping:
- keluarkan doh. letak sos tomato, tabur topping dan cheese
- Topping tu ( daging cincang dan tomato paste ) mama lebih suka masak dulu dan gaulkan.lepas tu sapu kat atas pizza.seterusnya tabur topping yang lain.
- bakar semula pizza selama 25min
- hidangkan panas atau sejuk....pizza ni sentiasa lembut dan rangup
pizza dah siap..2 pizza lagi tu.Jimat bukan.Hasil daripada lebihan bahan daripada Disember taun lepas. entah berapa biji burger boleh buat.
Tu dia..senyum sampai ke telinga abang..awal pagi dah rembat satu slice..hehe.
oklah..kalau nak jimat tu memang boleh.Kalau nak buat tinggal ada kerajinan saja.Mama memang jenis tak reti duduk diam.. khasnya buat makanan sihat untuk anak-anak. Ini juga salah satu cara mama ajar abang yen makan sayur..letak sayur dalam makanan kegemaran dia.Semua dia ngap. Jadi tak perlu lagi nak bazir wang untuk beli pizza diluar lagi. Tapi kalau sekali sekala nak belanja anak diluar tak salah..juga..cuma kita kena tengok bajet dan keperluan juga ya.
nak cuba?? ahh sangat dialu-alukan untuk cuba resepi ni. Dah cuba tu..mai le komen kat blog mama.kita saling berkongsi resepi.ada resepi yang lebih sedap dan sihat..sila jangan segan untuk kongsi ngan mama ye..mama suka main masak-masak ni..hehehe.Have a blessed day!!!
Note: Nak order vitamin untuk anak? boleh contact mama juga..hehe
Vitamin Terbaik untuk anak supaya anak kekal cergas dan sihat serta suka makan:
1. Mealshakes- perisa Vanilla( Mulitvitamin bentuk serbuk)-khas utk 1 tahun ke atas
2. Vitalea For Kids( Multivitamin multimineral)-19 Jenis Vitamin included-utk 4 tahun ke
atas atau boleh mengunyah ).
3. Omega Guard ( Utk Otak dan Kanak2 asma/batuk/selsema)- 6 bulan ke atas.
Mama Jane
0138246040 ( Watsapp/sms)
Your Trusted Shaklee Indepedent distributor (1068087)
Fb page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
Fb: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
Cod: Kuching,samarahan
Pos: ke seluruh Malaysia
Email: janechendang@gmail.com
Cod: Kuching,samarahan
Pos: ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment