Hari ini ni rasa terpanggil untuk berkongsi tentang Plasenta previa @ uri bawah, bila membelek - belek album gambar mama ketika hamilkan Cik Mandy. Mungkin ramai ibu - ibu di luar sana masih tak tahu tentang ini atau tak sedar menghadapi masalah Plasenta Previa semasa hamil. Jadi anda boleh baca entry pengalaman mama ini sebagai maklumat tambahan penting semasa hamil.
Mama mengalami masalah ini semasa hamil anak yang kedua ( cik Mandy). Masalah ini pertama kali dikenalpasti oleh doktor semasa kandungan mama bulan ke 3. Pada masa itu tarikh jangkaan bersalin mama pada 2 Mei 2013. Namun bila dikenalpasti menghadapi masalah ini, doktor buat jangkaan tarikh baru pada 3 Mac 2013.
Setiap bulan harus scanning untuk memantau kedudukan uri tersebut . Bahaya atau risiko uri di bawah ini bayi tak dapat keluar melalui proses biasa. Kaedah Dan dikhuatiri pendarahan boleh berlaku pada bila-bila, kerana berat bayi menekan uri. Boleh meragut nyawa bayi dan ibu sekaligus. Kalau mama batuk atau bersin, memang automatik terkencing kerana tekanan perut dan uri kepada pundi kencing.Jadi setiap hari kena pakai pad jenama Poise ( khas untuk ibu hamil).
Mama diberi amaran oleh doktor supaya mengurangkan pergerakan dan doktor beri surat kepada majikan mama ( pengetua) , sebagai makluman. Mama sangat bersyukur kerana Majikan mama yang sangat prihatin, beliau turut mengarahkan supaya mama tidak terlibat dalam aktiviti lasak di sekolah.Malah mama diberi tempat duduk di pejabat bawah sahaja memandangkan bilik kaunseling berada di tingkat 1. Para pelajar juga dibenar turun ke ruang legar untuk aktiviti.Ini supaya mengurangkan pergerakan mama.
Sepanjang tempoh pemantauan tersebut, doa diri dan keluarga memang tak putus-putus. Mobon supaya uri naik ke posisi yang betul. Berbual-bual dengan baby di dalam perut,pujuk dia supaya bantu tolak uri naik ke posisi asal. Mama sangat takut bila doktor kata, jika uri tersebut tak naik ke posisi asal pada kandungan bulan ke 7, mereka terpaksa buat pembedahan untuk keluarkan baby..aduhhh..sangat sedih waktu tu. Bayangkan kalau baby terpaksa lahir pra matang.Mama tak mau perkara itu terjadi.
Mama harus kuat dan tabah supaya baby boleh lahir secara normal.Mama harus positif.
Dipendekkan cerita, akhirnya disahkan pada kandungan ke 7 bulan,uri dah pun naik ke posisi asal. Menangis waktu tu, menangis kesyukuran. Dan akhirnya..baby Mandy selamat dilahirkan secara normal 2 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin yang pertama. Terpujilah Tuhan, atas segala berkat yang diberikan.
Nak tau lebih lanjut tentang plasenta previa..dibawah ada serba sedikit penerangan yang boleh bantu kita memahami tentang masalah ini:
♡ Apakah itu plasenta previa, dan adakah kerap berlaku?
Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.
Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.
Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melaluipembedahan caesarean;
IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
Jika anda ada membuat imbasan ultrasoundsemasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. Itu semestinya bukan plasenta previa. Semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. Walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. Ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan "bermigrasi" ke atas di waktu trimester
ketiga.
♡ Apakah beberapa petanda amaran plasenta previa?
Perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. Namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound.
♡Adakah sesetengah wanita lebih berisiko dari yang lain?
Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. Lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara.
♡Bagaimana untuk menangani plasenta previa?
Ini bergantung dengan sama ada anda mengalami perdarahan dan pada minggu kehamilan yang berapakah ianya berlaku. Jika keadaan ini didiagnos selepas minggu ke-20, tetapi anda tidak mengalami perdarahan, anda mungkin dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang senaman yang terlalu kencang dan supaya banyak berehat.
Sekiranya anda turun darah dengan banyak, anda akan dimasukkan ke hospital supaya pendarahan boleh diawasi dan walaupun ianya berhenti selepas itu, anda mungkin akan diminta tinggal di hospital sehingga bayi anda sedia untuk dilahirkan. Anda akan dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks semasa kehamilan itu sebab ianya akan menerukkan lagi perdarahan dari plasenta yang terduduk rendah.
Sumber info : Baby centre .com
Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu-ibu sekalian. Sharing is Caring..♡♡♡
---------------------------------------------------------------------------
**Note: Sekarang Promo YES set Hamil juga sedang berlangsung (Mei hingga oktober) 2015. Kalau ibu-ibu boleh beli 1 set Hamil YES ni lagi baik. Selain lebih jimat, anda dan bayi dalam kandungan turut dapat nutrisi yang lengkap serta menepati keperluan ibu dan bayi sendiri.Diskaun 5% untuk set Yes ini.
1. Set YES Set Hamil: RM 470.32( tidak termasuk postage).
- ESP
- Vitalea
- Ostematrix
- Omega guard
- SR Vita C
- B Complex
Ingin dapatkan Supplemen shaklee untuk ibu hamil ? Sebarang pertanyaan lanjut @ order boleh hubungi mama ya .
MamaJane
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment