Hai semuanya..mama kembali lagi..:) setelah beberapa hari ni tak sempat nak update blog kerana busy dengan kerja2 sekolah, result SPM pun baru dah keluar juga..pun busy konsultasi pelajar-pelajar mama. Haa baru hari ni dapat duduk dengan tenang untuk update resepi sihat utk keluarga kita ..:D
Oklah, seperti yang mama dah janji beberapa hari lepas, mama nak kongsi cara-cara nak buat homemade sausages @ Sosej buatan sendiri yang rasanya lebih enak, lebih banyak khasiat serta dipercayai dan selamat untuk dimakan seisi keluarga. Almaklumlah kan..banyak kita nampak dan lihat di media massa tentang keburukan makanan yang diproses yang dibeli di kedai tu..kepada kesihatan kita. Contoh nya sosej,( tak semua lah yang tak baik hehehe-kan marah orang tuan punya company ).Ada juga produk yang baik dan selama dimakan , tapi kalau rasa was-was..baik kita buat sendiri .betul tak ? Sebab benda ini, benda yang kita makan.yang masuk dalam badan, mesti nak yang baik2,yang berkhasiat sebab badan kita ni lama kita nak pakai atau guna .Bukan ada spare part @ alat ganti badan pun yang dijual hahahaha..:) jumm kita mula..hehehe membebel jer banyak..hihihi.
Minggu ni mama buat
sosej cendawan bawang putih berkeju atau orang sarawak cakap (
Cheezy Garlic Musrhroom Homemade sausages )Hahahaha..ikut gaya perbualan cerita menantu Encik Ikan masin malam tadi.Asal nak cakap org putih mesti Encik ikan masin cakap..bak kata orang terengganu..hahahaha lawak cerita tu. Jom kita tengok bahan yang mama guna..:
Bahan-bahan:
500gm Daging /ayam- dikisar
8-7 ulas Bawang putih-dikisar( sbb mama buat perisa garlic-mama suka bwg ni..antibiotik semulajadi)
1 labu bawang besar-dikisar
1ketul halia-dikisar
1sudu makan tepung Ubi/ tepung gandum pun boleh-mama suka tepung ubi,bagi sosej melekat.
1 sudu makan tepung jagung
lada hitam -digilis atau serbuk kasar lada hitam
7 cendawan butang /cendawan shitake-mama guna cendawan butang sebab cendawan shitake dah abis.-potong /hiris nipis dadu.( nak masuk sayur lain pun boleh -carrot/bayam atau suka ati lah..)
2 keping keju mozarella -dipotong dadu
1 sudu kecil oregano/thyme -mama lebih suka bau oregano.
sedikit garam utk perisa.
Plastik ice cream/ aluminium foil/food wrapping plastic ( mama guna plastik ice cream hehehe).
Cara membuat:
1. Kisarkan semua bahan yang perlu dikisar-satukan.dah kisar tu tuang kat dalam daging yang dah dikisar.
2. masukkan serbuk lada hitam,oregano,tepung ubi,tepung jagung dan cendawan.Gaulkan agar sebati.
3.Masukkan terus keju.gaulkan.
4. dah siap gaul bahan-masukkan daging tu ke dalam
plastik ice cream/ food wrapping plastic dan ikat macam buat ice cream klasik tu..buat sampai abis. lepas tu simpan dalam freezer atas. Tunggu beku dan ada bentuk sosej kan..kita keluarkan -buka plastik dan kita kukus/celur. Jangan kukus bersama plastik tu tau...kan bahaya kimia plastik pula kena haba.hehehe..lepas tu dah boleh makan dah.nak goreng boleh,nak panggang pun boleh..
Haa gambar kat atas tu langkah-langkah buat sosej :)
5. atau kalau kita nak buat terus nak makann..time tu jugak kan? Ahaa jangan guna plastik ice cream-kita guna aluminium foil.kita
masukkan daging dalam aluminium foil.gulungkan dan buat bentuk
sosej..kita kukus terus. masak jer kita buka kita makan.yang ni tak
payah masuk freezee.. ( kalau jenis tak sabar lah kan hahaha).tapi mama
sangat bersabar orangnya...sanggup tunggu..shape sosej cantik.
gambar atas ni pula-mama kukus sosej.utk cairkan ais beku..dan buat separa masak.nanti senanglah nak goreng ke,nak panggang ke..itu terpulang.:)
Tadaaa.. ni pula sosej yang dah siap..ready utk dimakan..utk sarapan..hehehe.
sedap!!!( of course harus kena puji..sendiri :P)
dah siap pun .Mudah saja kan?? harap mak mak dapat buat lah ye utk keluarga tercinta.Mari kita..buat keluarga kita terutama suami jatuh cinta berjuta kali untuk kita hehehehe. Untuk anak pula,lepas ni memang confirm tak nak makan sosej yang dibeli diluar tu...power tak ibu masak ? hehehehe.
Haa lagi satu, berita baik untuk mak2 bapak yang nak kurus juga ni. ambil sarapan berat macam kat atas ni..elok tau. nanti makan tengahari tak la terlebih makan. Baru lah diet yang betul..yer tak? selain tu kalau nak kurus sihat boleh lah amalkan supplement untuk bantu proses nak kurus sihat. Rujuk kat bawah:
Antara supplement bantu kuruskan badan dan kurangkan berat badan dengan cara yang sihat:
1. ESP -Energizing Soy Protien-RM150.00 (850gm) / Cinch shakes (RM173.00 - 3 Perisa -Vanilla,Coffe latte,coklat)- kedua-dua ni adalah sumber protien ( boleh mengenyangkan & pelihara otot serta menegangkan kulit walau dah kurus.
2.Lecithin-bakar lemak/menguraikan lemak supaya lebih senang dibuang melalui proses detoks-
RM 52.50(180 biji)
3.Herbalax-detox usus dan uruskan sembelit ,buang toksin dan kempiskan perut- RM 52.50( 120 biji)
4.Alfafa -detox darah,buang toksin.-RM 53.75 (Saiz S -330 Biji), RM97.50 ( Saiz L-770 Biji)
Gambar atas ni adalah set kurus bajet ( lecithin + herbalax+Alfafa) .Kalau nak cepat kurus sihat boleh tambah ESP ( utk yang nak turunkan 5 kg ke atas ) /Cinch shakes.( untuk yg nak turunkan berat 10 kg ke atas )
Esp- sedang promo tau bulan mac 2015..ni.Beli 6 percuma 1.Nak jimat boleh kongsi beli set promo..Harga menjunam...hehe.
Kalau berminat boleh contact mama yer.. semuanya kita boleh deal ikut bajet mak/bapa.jangan bimbang..terbaikk servis utk mak bapak nanti.:)
Hubungi:
Mama Jane
0138246040 ( Watsapp/sms)
Your Trusted Shaklee Indepedent distributor (1068087)
Fb page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
Fb: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
Cod: Kuching,samarahan
Pos: ke seluruh Malaysia