Sejak Dua tahun yang lepas Mama masih teringat..Semua orang sibuk bercakap tentang produk SHAKLEE ,di mana saja.Di ofis , di laman sosial lagi lah.Naik jemu mama tengok..Apa yang best sangat ngan SHAKLEE ni???????
Mama cari sumber mana nak dapat produk ni,time tu memang sedang cari supplement utk merancang Hamil.Mama dapatkan produk set kesuburan ( Vitalea,Gla Complex,B complex,Alfafa complex - Untuk Mama dan Vita e complex berserta Zinc complex untuk Encik Suami ) dan mama amalkan..( yang pasal set kesuburan ni mak2 boleh baca kat blog saya moment berkenalan ngan Shaklee nih hee -Mama tulis pada Ogos 2014.cuba cari ye.)
Dipendekkan cerita- Mama berjaya Hamil, dan sepanjang kehamilan mama sambung amalkan Set kehamilan ( Vitalea,Bcomplex,SR Vita C plus, Ostematrix,ESP dan Omega ).Mama ambik full set..masa tu.Demi sayangnya untuk kesihatan diri dan baby.(Baby Mandy sekarang ).Dah bersalin pun mama tetap continue juga ngan set hamil tu tadi dan cuma tambah dua benda jer iaitu Zinc Complex Dan Alfafa.-Yang ni untuk memepercepatkan kesembuhan dan pemulihan luka bersalin serta Alfafa untuk memperbanyakkan susu badan. Haaa Jimatkan??? dari set subur boleh sambung ke set hamil hingga ke set berpantang.
Gara-Gara berpantang guna set shaklee ni..lah kondisi kesihatan mama makin membaik dan pemulihan badan selepas bersalin tiga kali ganda lebih cepat daripada masa mama berpantang anak sulung dulu.Kalau di bandingkan dengan berpantang anak sulung banyak bezanya.Dulu mama berpantang pakai set bersalin Sendayu tinggi- ( produk terbaik pada zaman dulu ), Mama beli 1 set tu dalam RM400+ . Produk tu bagus , cuma Mungkin badan mama jenis tak dapat terima supplement jenis jamu-jamu atau jenis herba-herba.Setiap badan orang tak sama lah kan..
Antara perkara yang mama alami ialah:
1. Badan cepat panas,
2.Tumbuh ruam dan gatal pada badan
3. Anak pun dapat ruam juga dipipi sebab menyusu badan.
4.Luka bersalin lambat sembuh
5.darah nifas pun lambat habis
6. Tubuh kurang bermaya
7.Susu badan tak banyak
Bila berpantang kali kedua ni mama memang dah setkan tak mau lagi guna produk yang berasaskan jamu atau herba.Sebab badan mama jenis sensitif kerana mama jenis orang yang memang tak sihat sejak dilahirkan.Syukur kepada Tuhan kerana masih memberkati mama dengan memberi Nyawa ini lebih panjang hingga ke hari ini. Jadi Mama Pilih untuk berpantang Cara moden dengan supplemen dan vitamin saja.Hasilnya sungguh mengujakan...masih teringat kisah mencuit perasaan bila mana mama harus pergi ke Bank utk urusan penukaran kad ATM. Waktu tu memang terdesak.Orang lain atau suami memang tak dapatlah utk jadi wakil tukar kad bank.dah polisi begitu.hehehe..Waktu tu mama baru 3 Hari dah bersalin.Pegawai Bank terkejut macam nak terkeluar biji mata bila mama cakap mama baru beranak 3 hari dah.. Hahhh?? ingat dah macam sebulan berpantang katanya. .hehehe. Pegawai tu cakap,kalau saya biasanya sebulan baru larat nak bangun dan bergerak kak..Mama senyum jer..Sebab tak macam rupa orang berpantang pun,sungguhpun mama pakai baju sejuk,pakai stokin serta pakai Hud kepala hehe. Mama tak cakap mama jenis kuat..cuma kelainan kecergasan tu yang mengujakan mama. Itu baru satu kesannya..banyak lagi yang mama rasa hasil yang baik.Antaranya:
Hasil berpantang menggunakan set shaklee:
1. Badan cepat cergas dan rasa lebih sihat
2. Luka cepat sembuh
3. Susu badan banyak dan meriah
4. Anak sihat - tak da Jaundis/kuning
5.Hemoglobin darah mama cepat meningkat.-cukup darah lah tu dah ..
6.Darah nifas tak sampai sebulan dah kering.
Mama dalam pantang, mama makan apa saja yang disajikan oleh Mak mentua dan suami. Selera makan cukup baik. Nasib baik mak mentua jaga mama dengan baik. semua benda berkhasiat mak bagi.Mama cukup bertuah, tak macam sesetengah orang lain berpantang dilarang makan itu,makan ini..akhirnya cuma boleh makan halia dan air kopi jer...aduii kesiannya. Cuba bayangkan , macam mana badan nak pulih kalau makanan yang dimakan tak cukup zat dan nutrien. Sudahlah masa mengandung dan beranak ibu memang dah banyak kehilangan zat nutrien dalam badan kerana berkongsi Zat dengan anak yang dikandung berserta pendarahan semasa bersalin. Jadi masa berpantang.ibu mesti makan benda yang berzat untuk mengembalikan atau mengantikan nutrien yang dah kurang. ( suami-suami dan ibu mesti take note ok ) Penting!! untuk kesihatan ibu jangka panjang. Ramai ibu atau suami tak tau tentang ini.Ramai yang dah bersalin tu terus dah tak telan lagi vitamin-vitamin yang klinik bagi time mengandung tu.
kenapa supplemen atau vitamin ini sangat penting diamalkan selepas bersalin??
1. Mengantikan Zat dan nutrien yang dah kurang semasa mengandung dan proses bersalin.
2. mempercepatkan proses pemulihan badandan luka
3.Tambah darah
4.Kesihatan jangka panjang ibu.
Di atas tu semua dah complete dalam set berpantang Shaklee.segala keperluan Zat dah ada.Tak payah risau tak cukup/ tak dapat nutrien daripada makanan dah.telan saje maka cukuplah sudah...terbaikk!!!
Ini adalah antara set yang mama dah telan/ amalkan.Jadi ibu-ibu boleh pilih ikut keperluan masing-masing.
Hingga sekarang mama masih amalkan Vitalea , Esp, Sr Vita C dan Omega guard serta Alfafa complex untuk tujuan penjagaan kesihatan lanjutan.Ternyata Hasil cukup bagus..dan mama lebih sihat dari biasa.:)
Untuk mendapatkan set hamil/ berpantang dan menyusu ni ,ibu-ibu atau para bapa boleh lah contact mama ya. Mama memang akan bagi penuh konsultasi khas untuk para ibu menjaga kesihatan serta penggunaan supplemen ni.
Mama Jane
0138246040 ( Watsapp/sms)
Your Trusted Shaklee Indepent distributor (1068087)
Fb page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
Fb: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
Cod: Kuching,samarahan
Pos: ke seluruh Malaysia