Tuesday, 8 September 2015

Avocado membantu penurunan berat badan

Tahukah anda??

Avocado merupakan salah satu buah yang terkenal dan di makan banyak orang. Buah yang terbilang cukup unik kerana  kebanyakan buah biasanya sebagian besar terdiri daripada karbohidrat, sedangkan Avocado juga mempunyai  lebih banyak kandungan lemaknya.

Tapi anda tidak perlu takut dan khuatir untuk memakan buah berwarna hijau ini kerana lemak yang terdapat di dalam avocado merupakan lemak yang tergolong lemak sihat. Bahkan, beberapa program diet menyarankan untuk memakan Avocado  sebagai salah satu menu utama diet sihat.

Mungkin memang sulit dipercayai  jika buah avocado dapat membantu untuk menurunkan berat badan kerana kita tahu bahawa avocado  merupakan buah yang memiliki banyak kandungan lemak. Namun, tahukah anda jika avocado  dapat membantu untuk menurunkan berat badan.

Setengah buah avocado  mengandungi 3,4 gram serat, termasuk serat larut dan serat tidak larut, yang keduanya diperlukan tubuh untuk menjaga sistem pencernaan agar berjalan lancar. Serat larut akan memperlambat pemecahan karbohidrat dalam tubuh anda, sehingga akan membantu anda merasa kenyang lebih lama.

Kandungan asam lemak tak tepu pada avocado digunakan sebagai tenaga pembakaran daripada disimpan sebagai lemak pada tubuh. Asam lemak tak tepu pada buah avocado terdiri dari dua iaitu asam foleat dan linoleat yang berfungsi untuk mengurangi kolesterol dalam darah.

Sumber : healthiestfood.

Jomm makan buah Avocado..hehehe 

MamaJane♡

No comments:

Post a Comment