Wednesday, 2 September 2015

CHOCOLATE CHRISTMAS CUPCAKE

Malam tadi sempat buat cup cakes untuk bekal abang yen ke sekolah dan juga untuk sarapan pagi. Sebenarnya mama buat untuk bagi reward kepada abang yen kerana dia berjaya bina perkataan daripada permainan kad bahasa. Dah janji kan..lagi pun,apa lah sangat kalau buat cup cakes ni..hehe. At least boleh bagi semangat untuk dia. 

Baru malam ni sempat nak kongsi resepi dengan kamu semua hehehe. Maklum lah sibuk sesangat hari ni. Cup cakes tu dah licin dah...hahaha.Abang yen memang pantang tengok cup cakes. Mama pun sama..tumpang dua kaki membedal cup cakes..haha. ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke dalam mangkuk..hehehe. 

Resepi ni mama selalu buat kalau  time birthday party anak, atau time krismas. Resepi cup cake yang senang untuk dibuat. Asalnya resepi dalam bahasa inggeris, ni mama dah translatekan sikit hehehe..

-------------------------------------------------------------------

    RESEPI CHOCOLATE CHRISTMAS
                       CUP CAKE
         
        Resepi asal : Cup cakes Book Card
           ( Mama beli di MPH book store)

           Bahan - Bahan: ( 12 cup cake )

110g mentega
110g gula perang
75g tepung naik sendiri
25g serbuk koko ( mama suka guna Van houten coco powder) - ayakkan
1 cubit baking powder
2 biji telur

     Bahan untuk topping coklat ganache:

150 ml cream@ cheese cream
350g dark coklat ( plain )- coklat dipotong dadu kecil.
50g mentega.

                  Cara membuatnya:

1. Pukul bersama mentega dan  gula, hingga kembang.masukkan telur satu persatu.

2. Masukkan tepung,serbuk koko,baking powder dan kacau  hingga sebati dan lembut.

3. Panaskan oven 190'c. Tempatkan 12 kertas cup cakes dalam tray bun tin.

3. Masukkan adunan tadi ke dalam kertas cup cake. Dan bakar selama 15 minit sehingga mengembang dan masak. Selepas itu keluarkan dan sejukkan di rak.

4. Untuk buat topping coklat ganache, panaskan cream cheese dalam pan @periuk.setelah Padamkan api, masukkan coklat dadu dan kacau hingga coklat cair. Masukkan mentega, kacau hingga adunan lembut.kemudian sejukkan, hingga coklat ganache tersebut agak beku sedikit.

5. Ketika nak hidangkan cup cake , masukkan coklat ganache dalam piping bag dan paipkan di atas cup cake coklat. Hias ikut kesukaan anda.

Selamat mencuba. Sedap tau..terutama topping coklat ganache tu..cheesy sikit.;)

MamaJane♡

Taraa.. cantik tak rupanya. Sedap kek ni bertopping coklat ganache cheese.;) 
Cepat licin...hehe 

Ni gambar time buat waktu krismas..rasa sayang nak makan.;)

No comments:

Post a Comment