Hai..3 hari dah mama tak dapat update blog akibat terlantar demam panas gara-gara kesan infection@jangkitan tekak . Mama memang jenis alahan pada tekak. Kalau kuman,virus atau bakteria serang tekak mama memang sistem badan bagi signal demam terus. Sebab tu, mama memang menjaga part tekak ni dan Sebab tu juga terdetik dalam hati mama nak berkongsi tentang jangkitan tekak dan kahak ni. Sangat penting untuk kita tahu. Jangan ambil remeh tentang perkara ini. Rawat atau cegah sebelum terkena.Ok..mari kita berkenalan dengan kahak dulu ni..;)
♡Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?
Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.
Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak dengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan.
Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.
♡Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak.
Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam, manakala sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ianya mungkin petanda bagi masalah saluran pernafasan yang kronik. Namun begitu masalah allergik (alahan) dan jangkitan virus adalah punca utama bagi lendir.
Tindakbalas allergik adalah disebabkan oleh habuk atau bendasing yang kecil. Sebagai contoh , kami sebagai guru yang mengajar murid-murid selalu menggunakan kapur semasa menulis di papan hitam juga menghadapi masalah allergik pada habuk kapur.Mama memang jenis tak tahan dengan debu kapur, atau jika guru itu menggunakan pen marker untuk menulis, kemungkinan beliau akan allergik kepada bau dakwat yang digunakan.
Apabila tekak diserang oleh habuk sebegitu, ianya akan mencepatkan pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan untuk mengumpulkan benda asing yang halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk. Ianya adalah sebahagian daripada sistem ketahanan tubuh (body immune system), pada masa yang sama menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.
Walau bagaimana jika tekak “diserang” dengan hebat, tubuh akan melipatgandakan sistem pertahanan sehingga menyebabkan saluran pernafasan menyempit, bagi mengelakkan banda asing ini masuk ke dalam saluran pernafasan. Ini dinamakan “bronchospasm” yang berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika mereka bernafas, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika bernafas.
Selain dari masalah itu, lendir yang banyak dan berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan terhadang . Penyempitan saluran pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat disebabkan oleh lendir yang pekat (mucus plug), boleh mengakibatkan kematian terutama pada kanak-kanak.
Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia.
Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit tekak, sakit kepala dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya jangkitan virus. Jika lendir atau kahaknya berwarna kuning, ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu beserta dengan demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepala dan sakit di bahagian otot-ototnya.
Bagi kes orang yang alergik@alahan,
harus dicari punca penyebab allergik di dalam rumah atau di persekitaran rumah anda. Contohnya cadar tilam,selimut,langsir, karpet,di sofa..pastikan kita cuci selalu.Selain Mama, Abang yen juga turut mengalami alergi kepada debu@ habuk dan cuaca sejuk. Abang Yen mewarisi alergi tu daripada mama. Kesian abang yen.Sebab tu mama memang jaga betul bab debu dan cuaca sejuk daripada anak- anak mama.
♡Kahak yang melekat
Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak meleleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).
♡Cara mengurangkan lendir:
Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk, mungkin steroids. Namun begitu ada beberapa cara yang mudah bagi mengurangkan lendir di tekak yang boleh di cuba di rumah menggunakan bahan asas masakan. Di sini mama akan kongsi resepi minuman untuk membuang kahak bagi dewasa dan kanak-kanak.
✩Resepi minuman untuk membuang kahak
Bahan:
Secawan air suam
1 sudu makan Madu
Sehiris lemon
1 sudu teh serbuk kayu manis ( cinnamon ground)- ada dijual siap serbuk dipasar.
Cara:
1. Campurkan semua bahan dalam air suam.kacau dan minum . Ini boleh mengeluarkan dan mencairkan kahak.
✩Selain cara di atas , boleh makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih (pepper). Campurkan semua,reneh dengan api perlahan. Minum sup semasa masih hangat.
✩Untuk Bayi atau kanak-kanak yang tak tahu membuang kahak sendiri, boleh cincang bawang putih dan gaulkan dengan minyak kelapa. Selepas itu, usapkan di dada dan belakang anak. Boleh jadi vape kepada anak. Kemudian tepuk belakang anak secara perlahan.
♡ Supplemen bantu pengeluaran kahak
Selain cara di atas juga, mama turut mengamalkan supplemen yang bantu mempercepatkan pengeluaran kahak untuk diri dan anak mama serta sekaligus membantu menjaga kesihatan secara menyeluruh.
*******************************************
1.OMEGA GUARD SHAKLEE
Omega guard berfungsi sebagai anti inflamasi. Bila ada masalah upper respiratory (salur pernafasan atas) macam batuk selesema (urti-term medical), atau jangkitan kuman di paru- paru (bronchitis/bronchiolitis/pneumonia dsb), omega sangat membantu kurangkan inflamasi atau keradangan pada salur pernafasan serta membantu mencairkan Kahak.
* sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.
Harga: Rm 135.00 ( 90 biji gel capsul)
Penggunaan : 3 bulan
2. SUSTAINED RELEASE VITAMIN C /
CHEWABLE VITAMIN C - For Kid.
Meningkatkan imunisasi badan untuk melawan penyakit @ jangkitan penyakit.
Harga: Rm92.50 ( 180 biji tablet) dewasa
Penggunaan: 6 bulan
Harga : Rm 35.00 ( 60 biji tablet ) kanak2
Penggunaan: 2 bulan
*******************************************
Ingin dapatkan supplemen di atas? Boleh hubungi mama ya. Sharing is caring.
MamaJane
0138246040 ( watsap/sms)
Your Trusted SID: 1068087
FB page: Mama Mandy Health & Beauty Shop
FB: Vanessa Jane
Email: janechendang@gmail.com
COD: samarahan, kuching
Pos: seluruh Malaysia